Inspirasi Qaseh Kami : Ibu tunggal terus dibantu menerusi program Sinar Kasih

Kota Bharu, 30 Jun : Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19 yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini telah menyebabkan ekonomi Negara lumpuh dan memberi impak besar kepada rakyat terutamanya ibu tunggal yang kematian suami akibat kemalangan. YaPEIM melalui Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Kelantan (PPYN) terus komited menyalurkan sumbangan bantuan melalui Program Inspirasi […]

Inspirasi Qaseh Kami : Warga asnaf di sekitar Kajang terus disantuni.

Hulu Langat, 29 Jun : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Unit Penyelaras Komuniti YaPEIM Negeri Selangor telah menyumbang 50 pek barangan kering kepada warga asnaf. Puan Siti Salmiah Binti Ismail menzahirkan rasa berterima kasih atas bantuan sumbangan daripada YaPEIM di saat bekalan makanan dan keperluan asas di sini semakin berkurangan. Sumbangan tersebut telah […]

Inspirasi Qaseh Kami : Menteri Agama turun padang menghulurkan bantuan

Kuala Lumpur, 25 Jun : Ibarat jatuh ditimpa tangga. Itu perumpamaan buat ibu tunggal yang berusia 45 tahun, Puan Noor Faizun Mohd Arsad yang kini tinggal bersama tiga (3) orang anaknya di sebuah kediaman di Jalan Ipoh. Beliau yang telah bercerai dengan suaminya yang berwarganegara Australia, 16 tahun lalu kini terpaksa berusaha keras untuk membesarkan […]

Inspirasi Qaseh Kami : YaPEIM Santuni Anak Yatim, asnaf dan miskin di Kelantan

Kota Bharu, 25 Jun : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah menyantuni Anak Yatim dan Miskin melalui Program Inspirasi Qaseh Raya Aidilfitri YaPEIM di semua daerah dengan menyerahkan sumbangan duit raya kepada Jabatan Pendidkan Negeri Kelantan. Seramai 600 Murid Yatim dan miskin menerima sumbangan duit raya yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana […]

Inspirasi Qaseh Kami : YaPEIM hulurkan sumbangan ringankan beban penduduk PKPD

Asajaya, 22 Jun : Seramai 664 buah keluarga di kawasan Tambirat telah menerima sumbangan makanan kering (dryfood) melalui Program Foodbank 3.0 di bawah inisiatif Program Inspirasi Qaseh Kami YaPEIM. Kampung Tambirat merupakan antara kampung yang telah dikenakan Perintah Kawasan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak bermula pada 11 Jun dan telah ditamatkan […]

Inspirasi Qaseh Kami : YaPEIM terus santuni asnaf & golongan B40 yang terlibat PKPD

Kelantan, 21 Jun : Seramai 280 orang asnaf dan golongan b40 yang terlibat dengan kawasan PKPD terjejas pendapatan akibat pandemik Covid 19 telah disantuni oleh Squad Qaseh YaPEIM Negeri Kelantan, semalam. Atas keperihatinan dalam membantu meringankan beban, YaPEIM telah menyerahkan 280 pek sumbangan barangan kering( Dry Food) berjumlah RM 28,000.00 melalui Program Foodbank YaPEIM 3.0. […]

Inspirasi Qaseh Kami : YaPEIM prihatin kepada 280 keluarga terkesan pkp 3.0

KLUANG, 18 JUN : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Negeri Johor tampil menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada keluarga yang terjejas sejak covid 19 melanda negara. Sebanyak 100 set bekalan makanan asas diagihkan kepada penduduk di kawasan PKPD melalui kerjasama bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kluang di kawasan PKPD Ladang Tereh Mill, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan […]

Inspirasi Qaseh Kami : Foodbank YaPEIM santuni Masyarakat memerlukan.

Rembau, 17 Jun : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Negeri Sembilan baru-baru ini telah menyantuni keluarga mangsa yang diuji dengan jangkitan Wabak Covid-19. Sebanyak 280 keluarga telah menerima sumbangan berupa set makanan kering Foodbank YaPEIM dengan kerjasama Persatuan Amal Rembau dan Pertubuhan MYA Care di kawasan Chembong dan sekitar Daerah Rembau. Para penerima bantuan […]

Inspirasi Qaseh Kami : Foodbank YaPEIM 3.0 menyantuni peniaga kecil sekitar Daerah Gombak

Gombak, 15 Jun : Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang, itulah nasib yang dialami oleh mereka yang berniaga secara kecil- kecilan yang mengaut keuntungan secara harian. Cik Fatimah Binti Hamid Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Cawangan Gombak berasa sungguh terharu diatas sumbangan yang dihulurkan oleh pihak YaPEIM kerana ada di […]

Inspirasi Qaseh Kami : Asnaf Daerah Kemaman Terima Sumbangan YaPEIM Dan AIBIM

Kemaman, 14 Jun : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menjalinkan kolaborasi strategik bersama AIBIM menyalurkan sumbangan berbentuk wang RM22,500 dan barangan keperluan harian kepada 150 keluarga Asnaf di Mukim Cukai, Banggol, Kijal, Teluk Kalong, Kerteh dan Kemasik menerusi Program Inspirasi Qaseh Kami, Foodbank YaPEIM, semalam. Sumbangan ini diagihkan kepada keluarga asnaf khususnya golongan berpendapatan […]