Soalan Lazim

Teras Pembangunan Sosioekonomi & Amal Jariah

Kaedah Menyumbang kepada Program YaPEIM

YaPEIM menggunakan aplikasi yang dibangunkan oleh pihak Bank Islam untuk memudahkan penyumbang, melalui platform dan prasarana selaras dengan perkembangan dan teknologi terkini.

SnapNpay adalah aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh SnapNPay LLP bagi membolehkan orang ramai membuat bayaran menggunakan enjin FPX dengan mengguna pakai maklumat atau data yang disenaraikan oleh pelanggan (penerima) dalam mod kod QR atau kod Bar. 

Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi SnapNPay dari Playstore (Android – sudah tersedia) atau Appstore (Apple – menjelang Januari 2019).

Memuat turun adalah percuma tanpa sebarang bayaran pendaftaran. 

Satu kod QR boleh menampung kesemua 17 bank FPX di Malaysia, lantas ia menghapuskan keperluan untuk menghasilkan pelbagai kod QR daripada bank- bank individu dan bayaran adalah berdasarkan masa nyata (real time).” 

Penyumbang boleh meggunakan platform iSadaqah untuk menyumbang. 

Penyumbang boleh membuat sumbangan seberapa banyak jumlah yang hendak dibuatkan. Minima sumbangan RM5.00. 

Pihak bank akan mengenakan kadar bayaran sebanyak RM0.50 bagi setiap transaksi. 

Maklumat/penyata sumbangan akan dibekalkan terus melalui pop-up setelah sumbangan dibuat. 

YaPEIM menggunakan aplikasi yang dibangunkan oleh Maybank untuk memudahkan penyumbang yang mempunyai akaun Maybank untuk menyumbang melalui platform dan prasarana selaras dengan perkembangan dan teknologi terkini.

QRPay adalah penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran kepada pedagang menggunakan kod tindak balas cepat dua dimensi (QR) yang unik. Perkhidmatan ini boleh didapati di aplikasi Maybank. 

  • Membuat bayaran QR kepada peniaga dengan mengimbas kod QR
  • Cari cawangan dan promosi
  • Tukar Had transaksi harian dan had kumulatif untuk pembayaran QR
  • Tukar akaun pendebitan utama

Semua pelanggan Maybank2u baru dan sedia ada dengan aplikasi Maybank pada telefon pintar mereka boleh menggunakan Perkhidmatan QRPay.

Had transaksi harian maksimum untuk QRPay adalah RM1,000. Anda boleh menetapkan had yang lebih rendah melalui apps Maybank berdasarkan tahap keselesaan anda. 

Pelanggan Maybank boleh memilih sama ada dengan akaun semasa/simpanan, Kad Debit atau kad kredit mereka. Secara lalai, akaun semasa/simpanan akan dipilih. Pelanggan boleh menukar akaun pendebitan pilihan jika mereka ingin (hanya untuk membayar pilihan). Untuk mengimbas dan menerima pilihan, hanya akaun semasa/simpanan sahaja boleh dipilih.

Tiada caj dikenakan untuk pengguna menggunakan Perkhidmatan QRPay.

Selepas anda membuat pembayaran, status akan dipaparkan pada skrin dan anda juga akan menerima pemberitahuan melalui pemberitahuan tolak. Sebagai alternatif, anda boleh melihat transaksi dalam sejarah anda.

Sebaik sahaja anda (pengguna) telah diimbas kod anda, anda akan menerima pemberitahuan tolak ke atas status pembayaran yang berjaya. Anda juga akan melihat halaman penghargaan mengenai status pembayaran yang berjaya. Sebagai alternatif, anda boleh menyemak sejarah urus niaga untuk pembayaran yang berjaya dibuat atau klik pada “Peti Masuk” untuk menyemak status pembayaran.

Tidak. Jangan benarkan sesiapa sahaja menggunakan aplikasi anda dan QRPay. Aplikasi ini hanya untuk kegunaan anda sendiri. Amalan terbaik harus menegakkan pada semua masa untuk melindungi QRPay anda daripada disalahgunakan oleh orang lain.

Kaedah Menyumbang melalui Skim Potongan Gaji (SPG)

SPG merupakan saluran Sumbangan Sadaqah Jariah yang dibuat melalui potongan Gaji oleh majikan-majikan swasta mahupun kerajaan kepada YaPEIM.

Permohonan baru atau penambahan sumbangan boleh dibuat dengan mengisi Borang Persetujuan Sadaqatul Jariah Skim Potongan Gaji YaPEIM

  1. Dengan memuat turun melalui website www.yapeim.my
  2. Melalui cawangan-cawangan Ar-Rahnu YaPEIM
  3. Melalui permohonan e-mail atau fax

Permohonan boleh dibuat melalui email spg@yapeim.my atau hubungi Seksyen Pengurusan Sumber Dana di talian 03-5614 9600 

  1. Melalui Online banking www.maybank2u.com.my
    (menu-pay-payee to -YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA.
  2. Melalui aplikasi SnapNPay imbas QR Code yang disediakan di website www.yapeim.my
  3. Melalui Tabung Kebajikan Pelajaran Yapeim di semua Cawangan Ar- Rahnu YaPEIM

Boleh, majikan perlu menyediakan surat tuntutan lebihan caruman serta dokumen berkaitan.

Sumbangan SPG disalurkan melalui Program Pembangunan Sosioekonomi dan Amal Jariah 

➢ Program Pembangunan Usahawan ➢ Program Pembangunan Komuniti Cemerlang ➢ Membangun dan Membudayakan Ilmu Pengurusan Islam ➢ Program Kebajikan Ummah

Kad Privilege YaPEIM secara percuma (collect point sambil beramal- 1 point setiap RM1 yang disumbangkan) 

  1. Melalui e-mail spg@yapeim.my
  2. Hubungi kami di talian 03-5614 9600
  3. Fax kami di 03- 5614 9601

Teras Sosial Bisnes

Ar Rahnu YaPEIM

  1. Ar Rahnu Prestij YaPEIM (tujuan umum)
  2. Ar Rahnu Emas YaPEIM (pemilik produk emas YaPEIM Gold)
  3. Ar Rahnu Bisnes YaPEIM (modal perniagaan)
  4. Ar Rahnu Didik YaPEIM (tunai untuk pendidikan)
  5. Ar Rahnu Care (ditimpa musibah)
  6. Perkhidmatan Simpan Emas
  • Boleh hadir ke mana-mana cawangan Ar Rahnu YaPEIM yang berdekatan
  • Membuat bayaran  yuran keahlian sebanyak RM10.00 baGI seumur hidup
  • Membawa barang emas untuk cagaran
  • Membawa MyKad/ kad pengenalan
  • Memberikan maklumat waris dengan lengkap
  • Mengisi borang permohonan gadaian yang disediakan
  • Tempoh gadaian asas (tempoh matang) adalah selama 6 bulan
  • Tempoh lanjutan pertama adalah selama 2 bulan
  • Tempoh lanjutan kedua adalah selama 2 bulan
  • Jika telah melebihi tempoh tersebut iaitu 10 bulan, barang gadaian akan dilelong. Pembaharuan gadaian (gadaian semula) adalah dibenarkan tetapi perlu membayar upah simpan
  • Barang kemas akan diuji untuk dinilai mutunya
  • Barang kemas akan ditimbang untuk mengetahui berat barang tersebut
  • Mengisi dokumen yang diperlukan
  • Anggaran masa proses dijalankan dalam  15 minit (bagi setiap artikel dan dalam keadaan/situasi urusniaga yang normal)
  • Membawa salinan Surat Akuan Gadaian (SAG) yang berwarna biru (salinan penggadai) dan kad pengenalan
  • Bayaran yang perlu dibayar adalah : Jumlah Pinjaman + Upah Simpan
  • Penebusan boleh dibuat secaran ansuran atau sekaligus sebelum atau pada tarikh matang

Perkhidmatan Konsultasi dan Francais Ar Rahnu YaPEIM

Perkhidmatan Francais dan Konsultansi Ar Rahnu YaPEIM Premier serta perkhidmatan kursus/latihan dan Pendidikan.

  • Ar-Rahnu YaPEIM Premier merupakan produk francais YaPEIM. 
  • Ar-Rahnu YaPEIM telah dilancarkan sejak tahun 2000. Produk mula difrancaiskan sejak 11 Oktober 2011 setelah mendapat pengiktirafan sebagai francaisor perniagaan Ar Rahnu YaPEIM Premier dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). 
  • Menerusi sistem perniagaan francais, Ar Rahnu YaPEIM akan memindahkan pengalaman dan dan kepakaran perniagaan mikro kredit Ar-Rahnu ini kepada koperasi yang berperanan sebagai francaisi. 
  • YaPEIM Smart Venture bertindak selaku francaisor Ar-Rahnu YaPEIM Premier. 

Francais adalah Lesen yang menjelaskan hubungan antara francaisor dan francaisi termasuk penggunaan tanda dagangan, yuran, sokongan dan juga kawalan. 

Konsultansi adalah perkhidmatan khidmat nasihat yang diberikan kepada koperasi/syarikat yang berminat untuk memulakan perniagaan bagi produk yang ditawarkan. 

  • Koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) 
  • Mempunyai peruntukan di dalam Undang-Undang Kecil yang membenarkan aktiviti perniagaan Ar-Rahnu. 
  • Mendapat kelulusan Mesyuarat Agung Koperasi. 
  • Koperasi telah wujud melebihi 3 tahun 

Rujuk : GP25: Garis Panduan Aktiviti Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) 

• Syarikat (bukan koperasi) yang mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan pajak gadai dari Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).

  • Fi francais – RM65,000.00 
  • Kajian kemungkinan – RM5,000.00 
  • Latihan – RM30,000.00 
  • Kelengkapan operasi – RM30,000.00 
  • Pengubahsuaian – RM281,000.00 – RM355,000.00
  • Sistem Keselamtan – RM1,350.00 – RM1,500.00

RM1,000,000.00 (minimum untuk permulaan bagi tempoh pinjaman enam (6) bulan pertama)

Yuran bulanan terbahagi kepada dua iaitu caj royalty dan pengiklanan dan kadar yang telah ditetapkan adalah seperti berikut : 

  • Royalti – RM0.05 daripada upah simpan bagi setiap RM100 nilai mahun
  • Pengiklanan – RM0.01 daripada upah simpan bagi setiap RM100 nilai marhun

Pembayaran tetap dibuat oleh Francaisi kepada Francaisor, kebiasaannya berdasarkan kepada peratus jualan kasar Francaisi

Fi perkhidmatan konsultansi – RM150,000.00 

Perkhidmatan ini ditawarkan mengikut keperluan dan rundingan bersama.

  1. Perkhidmatan perancangan strategi dan struktur program Ar Rahnu
    • Bantuan pemilihan lokasi o ‘Market Survey’ 
  2. Pembangunan Manual Operasi Ar Rahnu
  3. Khidmat nasihat penyediaan Sistem Komputer Ar Rahnu
  4. Perkhidmatan Pengurusan Latihan Teknikal dan Praktikal Staf 
    • Latihan teori & praktikal pengurusan dan operasi (Operasi, sistem komputer, penilaian emas, pemasaran dll). 
  5. Khidmat Nasihat Penyediaan Infrastruktur dan prasarana keselamatan Cawangan 
    • Pengubahsuaian dan kelengkapan 
  6. Khidmat Nasihat Operasi Ar Rahnu 
    • Bantuan dan nasihat semasa sebelum dan selepas pembukaan operasi perniagaan
    • Bantuan dan nasihat mengenai pelancaran o Persediaan operasi, majlis dan sebagainya.

Perkhidmatan Pemborongan dan Pembekalan YaPEIM

YaPEIM SMART mempunyai lima (5) lokasi:

a) Guar Chempedak, Kedah

  • No 21,22,23,24, Jln Chempedak Indah 1, Taman Chempedak Indah, 08800 Guar Chempedak

b) Sg. Lalang, Kedah

  • No 2, 3, 4 Bangunan Perniagaan 2 Tingkat, Jln. Palma Aman1, Tmn Palma Aman, 08100 Bedong, Kedah

c) Permatang Sintuk, Penang

  • No, 1, 3, 5, Lorong Sintuk 1, Taman Permatang Sintuk, 13100 Penaga, Pulau Pinang

d) Hutan Melintang, Perak

  • No.5, Lorong 1, Tmn Seri Iskandar, 36400 Hutan Melintang, Perak

e) Sg. Dua, Penang 

  • Lot 4188, 4189, 4190 Tmn Sg. Dua Utama Fasa 2C, Sg Dua, 13800, Butterworth Penang
  • Pasar Raya YaPEIM’s Mart 70% barangan produk usahawan bumiptera & hanya 30% barangan nasional & barang basah, sejuk beku dan fresh. 
  • Sebagai one stop center untuk barangan produk usahawan bumiputera. 
  • Memastikan barangan dijual dengan harga yang kompetetif. 

Tuan/Puan boleh layari Facebook kami di https://www.facebook.com/ys.mart.39. Pertanyaan tuan/ puan akan dilayan oleh pegawai khidmat pelanggan kami. Langkah – langkah yang perlu tuan/ puan lakukan adalah seperti berikut: 

  • Isi borang pendaftaran vendor 
  • Sertakan profil syarikat, sijil halal & SSM 
  • Gambar produk

Produk Tuan/Puan mestilah:

  1. Mempunyai sijil halal daripada JAKIM (terma dan syarat).
  2. Bungkusan hendaklah mempunyai barcode, expiry date, harga, saiz pek, maklumat produk
  3. Tuan/Puan digalakkan untuk menyediakan banner, bunting, sticker, chiller (jika perlu), freezer (jika perlu)
  4. Packaging yang menarik & tidak mudah rosak

Ibu pejabat kami terletak di Bangunan Pusat Teknologi Inovasi & Antarabangsa YaPEIM, No. 58 & 60, Tingkat 1, Jln. Kg. Attap, 50460 Kuala Lumpur

Boleh layari facebook kami: https://www.facebook.com/ys.mart.39. dan ajukan pertanyaan di tetingkap message yang terdapat pada bahagian atas dashboard facebook. Boleh berhubung terus dengan Puan Jihada/En Shahril Nizam Shafie di talian +603 2276 2845

  • YaPEIM’s Mart juga melaksanakan pembekalan dan pemborongan. Tidak hanya tertumpu dengan Pasar Raya sahaja. 
  • YaPEIM’s Mart juga mempunyai program-program jualan luar seperti jualan di masjid, ekspo-ekspo dan lain-lain. 
  • YaPEIM’s Mart sedang merangka inovasi terbaru dalam program pembekalan dan pemborongan dengan mewujudkan pasar raya bergerak. 
  • YaPEIM’s Mart bekerjasama dengan Lembaga Zakat Negeri Kedah dalam mengagihkan bantuan asnaf dan penyumbang zakat di Kedah. 
  • YaPEIM’s Mart juga menyediakan khidmat nasihat (konsultasi) bagi kepada agenda/ individu yang ingin membuka pasar raya atau kedai runcit. 
  • YaPEIM’s Mart juga memberi khidmat nasihat kepada usahawan yang ingin mendapatkan sijil halal bagi produk mereka. 

Yang melaksanakan Pasar Raya YaPEIM’s Mart adalah Koperasi Khairat Warga YaPEIM Berhad. (KKWYB).

Bermula jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari. Hari Jumaat tutup sementara pada jam 1.00 petang – 2.00 petang.

Tabung Ibadah Qurban YaPEIM

Korban dalam bahasa Arab disebut al-udhhiyah,iaitu binatang yang disembelih pada waktuDhuha.

Manakala pengertiannya dari segi hukum syara’ialah binatang ternakan (na’am) sepertikambing, lembu atau kerbau yangdisembelih pada Hari Raya Aidil Adhaatau pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13Zulhijjah) dengan niat untuk menghampirkandiri kepada Allah.

Hukum menyembelih haiwan korban pada HariRaya Aidil Adha atau Hari Raya Korban ke atasumat Islam yang mampu ialah sunat Kifayah(sunat yang dituntut) dan jikalaumeninggalkannya adalah makruh.

Allah S.W.T berfirman; “Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah” Surah al-Kautsar (2)

Mengikut tafsiran ulama maksud solat atausembahyang pada ayat ini ialah solat Aidil Adhadan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.

Singkatan daripada ‘Tabung Ibadah Qurban YaPEIM’ yang berasal dari perkataan arab Taqy yang bermaksud taqwa

Terdapat 2 jenis penyertaan iaitu :

  1. TaQY DEWASA – Umur 18 tahun keatas dengan Fi Masuk sebanyak RM10.00
  2. TaQY JUNIOR – Umur bawah 18 tahun dengan Fi Masuk sebanyak RM2.00
  1. Kaunter Cawangan Ar Rahnu YaPEIM
  2. Institusi kewangan – Bank Islam,CIMB,Maybank & BSN
  3. Menabung secara ONLINE Debit/Kad Kredit boleh melalui Portal Rasmi TaQY : tabungibadahqurban.yapeim.my
  4. Potongan Gaji Majikan

Ada dua kaedah :-

  1. Melalui Portal Rasmi TaQY :tabungibadahqurban.yapeim.my (Sila rujuk Panduan Daftar)
  2. Melalui Cawangan Ar Rahnu YaPEIM: Kunjungi Cawangan Ar Rahnu YaPEIM yangterdekat.

Tempoh waktu operasi : Isnin – Jumaat : 08.30 pagi –5.30 petang

( Dalam penambahbaikan untuk Pengaktif secara auto mengikut terma & syarat )

  1. Kaunter Cawangan Ar Rahnu YaPEIM
  2. Pejabat TaQY
  3. Mendaftar secara ONLINE Debit/Kad Kreditboleh melalui Portal Rasmi TaQY : tabungibadahqurban.yapeim.my
  1. Pihak TaQY akan memaklumkan kepadapeserta melalui emel/whatpps/massage/setiap pendaftaran yang telah didaftar.
  2. Boleh layari Portal TaQY (tabungibadahqurban.yapeim.my) dan daftaruntuk melihat maklumat akaun peserta (personal dashboard).

Untuk makluman minimum simpanan tabungan RM10 dan kadar harga bagi setiap tahun mengikut kadar harga ternakan, Pihak TaQY akanmemaklumkan kadar harga setiap tahun kepada peserta dan menjemput untuk sertai Qurban. Jika peserta ingin menyertai pada tahun tersebut peserta perlu menambah tabungan untuk mencukupi tabungan dan boleh menyertai Qurban pada tahun tersebut.

Minima yang perlu ditinggal didalam tabungan sebanyak RM10 sebagai pengaktifan akuan tabungan & Syarat untuk pengeluaran adalah bagitujuan melaksanakan Qurban/Aqiqah/Amal Jariah sahaja.

tabungibadahqurban.yapeim.my

1. Kaunter Cawangan Ar Rahnu YaPEIM
2. Pejabat TaQY

  1. Boleh melalui Portal Rasmi TaQY :tabungibadahqurban.yapeim.my denganmendaftar portal terlebih dahulu – lihatPanduan Daftar
  2. Kaunter Cawangan Ar Rahnu YaPEIM
  3. Pejabat TaQY

Buat surat berhenti / isi borang pemberhentiankeanggotaan peserta dan serahkan kepadaCawangan Arrahnu YaPEIM /Pejabat TaQY.

Singkatan dari perkataan ‘Program Ibadah QurbanYaPEIM’ Program Ibadah Qurban YaPEIM adalah merupakan satu program yang dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan dikelolakan oleh Koperasi Ibadah Qurban YaPEIM Berhad (KIQYB) bagi melaksanakan Program Ibadah Qurban dan Aqiqah pada Hari Raya Aidiladha setiap tahun. 

Aktiviti di bawah Program Ibadah Qurban YaPEIMadalah seperti berikut :-

  1. Pelaksanaan Ibadah Qurban
  2. Pelaksanaan Ibadah Aqiqah
  3. Program Infaq Qurban
  4. Travelog Qurban
  5. Pembekalan (Penjualan) Haiwan Ternakan

Program qurban YaPEIM diperkenalkan sejak 2007, merupakan program tahunan Sekretariat Ar Rahnu Serantau yang dilaksanakan di Negara anggota seperti
Kemboja, Thailand, Indonesia, Timor Leste, Vietnam, Filipina, Brunei dan Singapura. Namun sejak 2011, peranan tersebut telah diambilalih oleh KIQYB dan meneruskan pelaksanaan di luar negara sehingga ke hari ini dengan YaPEIM.

Antara negara yang terlibat dalam pelaksanaan PIQY dari 2007 sehingga sekarang adalah Kemboja, Filipina, Timor Leste, Thailand, Malaysia, Vietnam dan Indonesia. Pelaksanaan luar negara adalah berkaitan kerjasama serantau negara tersebut dengan YaPEIM.

Terdapat 2 kaedah yang dilaksanakan :-

  1. Pelaksanaan secara Tradisional. Pelaksanaan ini adalah secara tidak berpusat dan mengikut lokasi yang telah ditetapkan. Kaedah ini boleh dilaksanakan di dalam dan luar negara.
  2. Pelaksanaan secara berpusat/berkelompok. Kaedah ini adalah Pelaksanaan di pusat penyembelihan yang dikendalikan olehJabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia dan yang diiktiraf olehnya di rumah sembelih kerajaan atau rumah sembelih persendirian.

Selain pelaksanaan PIQY, KIQYB juga menawarkanperkhidmatan berikut :-

  1. Program aqiqah sepanjang tahun di manapara peserta boleh melaksanakan aqiqahbersama pihak kami beserta pakej masakan(golek ataupun gulai).
  2. Membekalkan/menjual lembu kepadapembeli. Pembekalan ini terlaksanasemasa dalam musim qurban mahupun diluar musim qurban.
  3. Menjual daging segar kepada pembelikhususnya staf YaPEIM.

Program Infaq Qurban boleh ditakrifkan sebagai sebagai sumbangan atau tajaan daripada Kerajaan/ Syarikat/ Individu (YaPEIM) kepada kumpulan sasar yang
berkelayakan.

1. Memberi peluang kepada peserta menyumbang kepada kumpulan sasar yang memerlukan barangan keperluan.

2. Memupuk peserta tentang sikap kepedulian terhadap masyarakat muslim lain yang diuji dengan kemiskinan dan kekurangan.

3. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri peserta dan mengajar erti syukur yang sebenar.

Sumbangan minimum adalah serendah RM10 dan tiada had maksimum.

Lokasi pelaksanaan adalah di seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Pembekalan Haiwan Ternakan adalah penjualan haiwan ternakan sepanjang tahun meliputi ibadah qurban, ibadah aqiqah dan kenduri. Jualan ini melibatkan penjualan haiwan ternakan hidup kepada pelanggan.

1. Lembu
2. Kerbau
3. Kambing
4. Biri-biri

Harga jualan adalah bergantung kepada harga jualan semasa bergantung kepada baka, berat dan lokasi penghantaran.

Lokasi pembekalan dan penjualan haiwan ternakan adalah di seluruh Malaysia.

Penjualan daging yang meliputi penjualan daging segar dan daging sejuk beku. Antara item jualan adalah meliputi daging (daging batang pinang, pejal dan tetel),
Tulang (rusuk,campur, ekor dan sum-sum), hati, jantung, paru, buah pinggang, limpa, perut tembusu, perut babat, kaki dan kepala.

Pelanggan yang telah membuat tempahan boleh mengambil pesanan di Pejabat KIQYB yang berlokasi di Kampung Attap. Selain itu, pelanggan boleh walk in bagi membeli produk daging tersebut. TaQY juga menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan terma dan syarat tertentu.

1. Melalui aplikasi whatsapp di www.wasap.my/+60193322627/
2. Melalui aplikasi kyte di https://kyte.site/ysmeat

Soalan Lazim Program Kesetiaan (LOYALTY) dan Kestimewaan (PRIVILEGE) YaPEIM

Perlaksanaan program ini merupakan salah satu medium bagi memperkukuhkan perkhidmatan sedia ada dalam usaha menyediakan apresiasi kepada kumpulan sasar yang sentiasa menunjukkan kesetiaan terhadap program anjuran YaPEIM. Melalui usaha ini, secara tidak langsung YaPEIM dapat memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang lebih berkesan. Antara kumpulan sasar atau pelanggan YaPEIM yang akan terlibat dengan program ini adalah seperti berikut: 

  1. Pelanggan Ar Rahnu YaPEIM;
  2. Peserta Tabung Ibadah Qurban YaPEIM (TaQY);
  3. Pelanggan Pasar Raya YaPEIM (YaPEIM SMART);
  4. Pelanggan YaPEIM Gold;
  5. Penyumbang Skim Potongan Gaji (SPG);
  6. Warga Kerja YaPEIM. 

Nota : Kumpulan sasar tertakluk kepada keupayaan perkhidmatan dan perniagaan YaPEIM dari semasa ke semasa.

  1. Sebagai Pusat Sehenti (Setempat) pelanggan-pelanggan YaPEIM untuk berinteraksi dalam usaha menyantuni kumpulan sasar yang sentiasa menyokong dan komited terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh YaPEIM. 
  2. Sebagai satu platform untuk pelaksanaan bagi pengumpulan data pelanggan- pelanggan YaPEIM untuk tujuan kajian demografi dan spending pattern bagi merangka strategi pemasaran dan promosi produk-produk dan perkhidmatan YaPEIM yang lebih berkesan. 
  3. Memberi dan membuka peluang kerjasama yang strategik kepada institusi, syarikat, usahawan dan lain-lain pihak yang berminat untuk terlibat dan turut serta menyediakan ganjaran kepada kumpulan sasar terpilih. 
  4. Sebagai wadah dalam meletakkan YaPEIM dan Kumpulan YaPEIM menjadi institusi peneraju dalam pelaksanaan dan penawaran produk dan perkhidmatan dan juga dalam memberi sumbangan yang penting bagi mempertingkatkan kesejahteraan ummah.

Pelanggan yang menyertai program ini akan diberi Kad Keahlian Privilege YaPEIM dan berpeluang mendapatkan pelbagai manfaat daripada YaPEIM dan rakan niaga yang berdaftar dengan YaPEIM seperti pengumpulan dan penebusan mata ganjaran, diskaun (potongan harga), rebat tunai, hadiah istimewa, baucer tunai dan lain-lain yang dikenalpasti dari semasa ke semasa melalui perkhidmatan dan perniagaan yang disediakan. 

Nota: Sila rujuk pakej dan manfaat yang disediakan oleh rangkaian perkhidmatan dan perniagaan YaPEIM. 

Ya, anda hanya perlu membayar RM10.00 sahaja untuk pengeluaran kad keahlian Privilege YaPEIM bagi tempoh 3 tahun. 

  1. Anda mestilah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas 
  2. Anda merupakan pelanggan YaPEIM dan layak untuk memohon Kad Ahli
  3. Anda boleh memohon Kad Ahli di mana-mana rangkaian perkhidmatan dan perniagaan YaPEIM seluruh negara dengan melengkapkan borang pendaftaran Privilege YaPEIM dan menunjukkan MyKad, pasport atau sebarang pengenalan peribadi sepertimana yang diperlukan.

Anda akan menerima kad keahlian sejurus selepas membuat pendaftaran di mana –mana cawangan Ar Rahnu YaPEIM serta rangkaian perkhidmatan dan perniagaan YaPEIM terpilih.

Anda boleh mengumpul mata sebaik sahaja anda mendaftar sebagai ahli dan berurusan di rangkaian perkhidmatan dan perniagaan YaPEIM terpilih.

Ya, anda akan mendapat mata ganjaran sejurus selepas pembelian. Walaubagaimanapun, proses ini akan mengambil masa 1-60 hari untuk mata ganjaran dikreditkan kedalam akaun Privilege YaPEIM anda. 

Ya, anda masih boleh mengumpul mata tetapi anda perlu menunjukkan Kad Privilege YaPEIM bagi urusan penebusan di rangkaian perkhidmatan dan perniagaan YaPEIM terpilih. 

Sila kunjungi mana-mana rangkaian perkhidmatan dan perniagaan YaPEIM yang berhampiran untuk mengisi borang permohonan pendaftaran kad Privilege YaPEIM yang baru dan mendapatkan kad ganti dengan segera.

Ya, ahli dikehendaki membayar RM5 atau 500 mata ganjaran ditolak daripada akaun anda untuk setiap pertukaran kad ganti yang baru. 

Struktur mata ganjaran adalah berbeza dari segi pengumpulan dan penebusan. Setiap rangkaian perkhidmatan dan perniagaan YaPEIM beroperasi secara berbeza dari yang lain, bukan hanya pada produk tetapi juga perkhidmatan yang mereka sediakan. 

Nota : Sila rujuk pada risalah yang dibekalkan di setiap rangkaian perkhidmatan dan perniagaan YaPEIM yang mengambil bahagian.

Ahli boleh menyemak mata ganjaran Privilege YaPEIM dengan menghubungi Hotline Privicare YaPEIM 1800-18-3434 atau melalui laman web www.privilege.yapeim.my

Tidak boleh, mata ganjaran Kad Privilege YaPEIM tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Walaubagaimanapun, mata ganjaran terkumpul boleh di tebus dengan hadiah ganjaran melalui cawangan atau rakan niaga YaPEIM terpilih atau sila rujuk laman web Privilege YaPEIM. 

Ahli boleh menyemak dan membuat penebusan mata ganjaran Privilege YaPEIM melalui laman web www.privilege.yapeim.my atau kunjungi cawangan Ar Rahnu dan YaPEIM Gold yang berhampiran. 

Ya, mata ganjaran ahli boleh ditukar milik kepada pewaris selepas mempamerkan bukti kematian melalui sijil kematian ahli di kaunter-kaunter penebusan. Bagi ahli yang mengalami kecacatan kekal atau tidak berkeupayaan, ahli boleh memberi surat kuasa kepada pewaris untuk membuat penebusan bagi pihaknya beserta dengan salinan kad pengenalan ahli. 

Ahli boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan YaPEIM di talian Hotline Privicare YaPEIM 1800-18-3434 atau emel kepada privilege@yapeim.my untuk sebarang pertanyaan. 

Teras Bisnes

Produk YaPEIM Gold

Produk YG boleh didapati di Outlet YaPEIM Gold, Lot 3.10 NU Sentral, Jalan Tun Sambathan, 50470 Kuala Lumpur dan ejen-ejen yang berdaftar di seluruh Malaysia (rujuk https://www.yapeimgold.com.my/agent). Produk Bullion YG juga boleh didapati di semua cawangan Ar Rahnu YaPEIM seluruh negara. 

  1. Produk Bullion (Wafer, Bar atau Syiling Emas dengan mutu 999) dengan denominasi 0.5g, 1g, 2g, 5g, 10g.
  2. Produk Barangan Kemas pelbagai mutu dan rekabentuk untuk semua peringkat umur
  1. Jualan produk bullion dan barangan kemas
  2. Belian semula produk barangan kemas dan produk bullion yang telah ditentusahkan oleh Pusat Pencerakinan Emas Tanpa Musnah (NDGAC) YaPEIM
  3. Pembaikan produk barangan kemas iv. Tempahan barangan kemas pelbagai mutu
  4. Tempahan produk bullion (emas/perak) vi. Tempahan korporat untuk cenderahati (emas/perak) 

Makluman melalui media sosial YaPEIM Gold : 

  1. Facebook – http://www.facebook.com/YaPEIMGold
  2. Instagram – http://www.instagram.com/YaPEIMGold
  3. Twitter (@yapeimgold)
  4. Website (http://www.yapeimgold.com.my) 
  5. Youtube Channel: YaPEIM Gold
  1. Nor Shahida Binti Alias
    Emel : marketing@input.yapeim.my
    No. Tel : +6019-2169227

  2. Noorhaslinda Binti Mohamad Ali 
    Emel : YG@input.yapeim.my
    No. Tel : +603-22760384

  3. Talian Hotline Ejen YG 
    No. Tel : +6019-2164113

  4. Talian Premis Niaga YaPEIM GOLD di Nu Sentral
    No. Tel: +603-2276 0384