Inspirasi Qaseh Kami : Asnaf Daerah Kemaman Terima Sumbangan YaPEIM Dan AIBIM

Kemaman, 14 Jun : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menjalinkan kolaborasi strategik bersama AIBIM menyalurkan sumbangan berbentuk wang RM22,500 dan barangan keperluan harian kepada 150 keluarga Asnaf di Mukim Cukai, Banggol, Kijal, Teluk Kalong, Kerteh dan Kemasik menerusi Program Inspirasi Qaseh Kami, Foodbank YaPEIM, semalam.

Sumbangan ini diagihkan kepada keluarga asnaf khususnya golongan berpendapatan rendah (B40), pekerja kontrak, ibu tunggal, peniaga dan penjaja yang terjejas punca pendapatan serta golongan hilang pekerjaan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Program bantuan ini dilaksanakan dengan kerjasama daripada MAIDAM Kuala Terengganu bagi senarai nama penerima, Pejabat Daerah Kemaman, Penghulu dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di kampung yang terlibat.

“Walaupun bantuan yang disampaikan kecil, tetapi bagi golongan kurang berkemampuan ini bernilai lebih-lebih lagi dalam keadaan sukar berhadapan pandemik Covid19.

Sebab itu, ada antara penerima sangat terharu sambil mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada YaPEIM semasa menerima sumbangan ini.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah keadaan yang dihadapi oleh Puan Faizah Ismail yang tinggal di Kampung Kukuran.

Puan Faizah bekerja sebagai pekerja pembersihan merupakan antara asnaf yang terkesan akibat pelaksanaan PKP bagi mencegah wabak Covid19 pada Mac yang lalu apabila suaminya telah diberhentikan kerja dan mempunyai masalah kesihatan.

“Walaupun gaji rendah, tetapi jika saya tidak bekerja, saya tidak akan ada apa-apa pendapatan untuk menanggung keluarganya yang mempunyai 6 orang anak berumur 18 tahun hingga 9 bulan dimana 3 orang yang bersekolah dan sudah pasti memerlukan perbelanjaan yang besar, “katanya.

Terima Kasih kepada semua Penyumbang Tabung Amanah YaPEIM kerana sumbangan anda membantu mereka yang memerlukan.