Inspirasi Qaseh Kami : Warga asnaf di sekitar Kajang terus disantuni.

Hulu Langat, 29 Jun : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Unit Penyelaras Komuniti YaPEIM Negeri Selangor telah menyumbang 50 pek barangan kering kepada warga asnaf.

Puan Siti Salmiah Binti Ismail menzahirkan rasa berterima kasih atas bantuan sumbangan daripada YaPEIM di saat bekalan makanan dan keperluan asas di sini semakin berkurangan.

Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Puan Siti Salmiah Binti Ismail wakil dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia untuk diagihkan kepada anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat yang berumur dari tujuh tahun sehingga dua belas tahun.

Berikutan itu, kedatangan Pihak YaPEIM untuk mengenal pasti keperluan mereka selain menghulurkan bantuan sewajarnya sebelum langkah susulan diambil bagi memastikan kehidupan anak-anak yatim disini terbela. Serba sedikit dapat membantu pertubuhan kebajikan ini dalam menyediakan masakan setiap hari kepada anak-anak yatim yang menetap disini.

Semoga dengan bantuan tidak seberapa ini dapat mengembalikan senyuman kesyukuran dan sedikit sebanyak mengurangkan beban mereka.Program ini dilaksanakan hasil daripada sumbangan orang ramai melalui Skim Potongan Gaji YaPEIM.

Terima Kasih Kepada Penyumbang Tabung Amanah YaPEIM kerana sumbangan anda membantu mereka yang memerlukan.