Inspirasi Qaseh Kami : 252 Asnaf Dan Anak Yatim Terima Sumbangan Aidilfitri YaPEIM

Terengganu, 31 Mei : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) mengagihkan sumbangan Aidilfitri kepada 237 pelajar yang terdiri daripada asnaf dan anak yatim dari enam sekolah di Daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Besut sempena Program Inspirasi Qaseh Raya Aidilfitri YaPEIM 2021.

Antara sekolah yang menerima sumbangan berkenaan adalah Smk Padang Kemunting, Smk Kompleks Tembesu, Smk Bukit Besar, Smk Permaisuri Nur Zahirah, Sk Sultan Sulaiman 1 dan Sk Simpang Rawai.

Akibat penularan wabak Covid19 yang masih dilanda pada tahun ini, penyerahan sumbangan ini kepada sekolah dengan pematuhan penuh terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Turut menerima sumbangan Aidilfitri ini ialah 15 orang pelanggan Ar Rahnu YaPEIM Cawangan Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Besut yang terdiri daripada ibu tunggal dan keluarga B40.

“Sumbangan Aidilfitri ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana ramai yang terjejas akibat pandemik Covid-19.Terima Kasih Kepada Penyumbang Tabung Amanah YaPEIM.