Inspirasi Qaseh Kami : Foodbank YaPEIM 3.0 menyantuni peniaga kecil sekitar Daerah Gombak

Gombak, 15 Jun : Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang, itulah nasib yang dialami oleh mereka yang berniaga secara kecil- kecilan yang mengaut keuntungan secara harian.

Cik Fatimah Binti Hamid Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Cawangan Gombak berasa sungguh terharu diatas sumbangan yang dihulurkan oleh pihak YaPEIM kerana ada di antara ahli PPKM Cawangan Gombak hilang punca pendapatan akibat pendemik Covid-19. Kebanyakkan mereka tidak dapat meneruskan perniagaan walau hanya berhampiran kawasan kediaman.

Dalam pada itu juga, Pihak YaPEIM membuat serahan sumbangan 40 set barangan kering berjumlah Rm 4000.00 ringgit.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak khususnya penyumbang Tabung Amanah YaPEIM yang senantiasa menghulurkan bantuan kepada mereka Yang memerlukan. Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima.

Terima kasih kepada semua penyumbang Tabung Amanah YaPEIM kerana sumbangan anda membantu mereka yang memerlukan.