Inspirasi Qaseh Kami : YaPEIM Santuni Anak Yatim, asnaf dan miskin di Kelantan

Kota Bharu, 25 Jun : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah menyantuni Anak Yatim dan Miskin melalui Program Inspirasi Qaseh Raya Aidilfitri YaPEIM di semua daerah dengan menyerahkan sumbangan duit raya kepada Jabatan Pendidkan Negeri Kelantan.

Seramai 600 Murid Yatim dan miskin menerima sumbangan duit raya yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Bin Shaary diiringi oleh En Zulkernai Bin Fauzi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Pn Adilah Binti Daud, Ketua Penyelaras Ar Rahnu YaPEIM Negeri Kelantan.

Selain sumbangan Qaseh Raya, YaPEIM turut menyerahkan sumbangan foodbank 3.0 ( lDry Food) sebanyak 80 pek kepada Sekolah Kebangsaan Sabak.

Jumlah foodbank yang diagihkan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk di pinggiran Pantai Sabak yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid 19.

Terima Kasih Kepada Penyumbang Tabung Amanah YaPEIM kerana sumbangan anda membantu mereka yang memerlukan.