Inspirasi Qaseh Kami : Foodbank YaPEIM santuni Masyarakat memerlukan.

Rembau, 17 Jun : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Negeri Sembilan baru-baru ini telah menyantuni keluarga mangsa yang diuji dengan jangkitan Wabak Covid-19.

Sebanyak 280 keluarga telah menerima sumbangan berupa set makanan kering Foodbank YaPEIM dengan kerjasama Persatuan Amal Rembau dan Pertubuhan MYA Care di kawasan Chembong dan sekitar Daerah Rembau.

Para penerima bantuan menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas sumbangan yang disalurkan kepada mereka.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak khususnya penyumbang Tabung Amanah YaPEIM yang senantiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.