Inspirasi Qaseh Kami : YaPEIM terus santuni asnaf & golongan B40 yang terlibat PKPD

Kelantan, 21 Jun : Seramai 280 orang asnaf dan golongan b40 yang terlibat dengan kawasan PKPD terjejas pendapatan akibat pandemik Covid 19 telah disantuni oleh Squad Qaseh YaPEIM Negeri Kelantan, semalam.

Atas keperihatinan dalam membantu meringankan beban, YaPEIM telah menyerahkan 280 pek sumbangan barangan kering( Dry Food) berjumlah RM 28,000.00 melalui Program Foodbank YaPEIM 3.0.

Turut Hadir bagi menyempurnakan program tersebut adalah En Wan Mohd Nasir Bin Hj Wan Omar Timbalan Ketua Jajahan Tumpat diiringi oleh Pengurus YaPEIM Negeri Kelantan, Nik Mohd Nurul Ihsan Bin Salleh.

Kawasan yang menerima sumbangan meliputi kawasan Kepulauan Tumpat, Kampung ketil dan Kampung Kutan Tenggah. Dengan sumbangan yang dihulurkan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh penerima.

Selain itu juga, YaPEIM turut menyampaikan sumbangan Sinar Kasih sebanyak RM600 kepada keluarga Puan Noraini Binti Hamid di Kampung Pok Keral, Tumpat. Beliau berasa amat bersyukur dan berterima kasih kerana pendapatan beliau sedikit sebanyak telah terjejas akibat pandemik covid 19.

Terima kasih diucapkan kepada penyumbang Tabung Amanah YaPEIM yang senantiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan