Inspirasi Qaseh Kami : YaPEIM prihatin kepada 280 keluarga terkesan pkp 3.0

KLUANG, 18 JUN : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Negeri Johor tampil menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada keluarga yang terjejas sejak covid 19 melanda negara.

Sebanyak 100 set bekalan makanan asas diagihkan kepada penduduk di kawasan PKPD melalui kerjasama bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kluang di kawasan PKPD Ladang Tereh Mill, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula sejak 12 Jun yang lalu.

Pengurus Negeri YaPEIM Johor, Tajul Ariffin Harun dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Kluang, Mohd Shazuwan Husnan Che Hamid hadir menyampaikan simbolik serahan Foodbank YaPEIM 3.0 kepada penduduk.

Selain itu, sumbangan juga di sampaikan kepada penduduk kampung berada dikawasan Dun Renggam yang menjalankan kuarintin dirumah. Sebanyak 180 set barangan asas dapur disampaikan oleh Pengurus Negeri YaPEIM Johor kepada En. Ahmad Farhan Penghulu Mukim Machap.

YaPEIM menzahirkan ucapan terima kasih kepada individu yang terlibat khususnya para penyumbang Tabung Amanah YaPEIM yang bersama membantu masyarakat yang terjejas kesan daripada pandemik COVID-19.