Inspirasi Qaseh Kami : Pemandu Teksi, Pelajar Sekolah terima Foodbank

Kuantan, 12 Ogos : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Unit Penyelaras Komuniti YaPEIM Negeri Pahang telah memberi bantuan sebanyak 420 pek barangan makanan asas (Dry Food) kepada Pemandu-pemandu Teksi Daerah Kuantan dan keluarga pelajar yang terjejas pendapatan, anak yatim dan miskin melalui 3 buah sekolah di daerah Kuantan. Sebanyak 3 persatuan teksi menerima […]

Inspirasi Qaseh Kami : YaPEIM agih sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Guar Sanji Perlis (GS-CARE)

Arau, 09 Ogos : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Skuad Qaseh YaPEIM Utara telah mengagihkan bantuan Foodbank Dryfood kepada Persatuan Kebajikan Guar Sanji Perlis (GS-CARE). Sebanyak 15O set barangan keperluan harian telah diserahkan kepada YB Ust Ridzuan Hashim, Adun Guar Sanji dan Setiausaha Persatuan Kebajikan Guar Sanji Perlis (GS-CARE), En. Saifur Ridzuan Mustafa. […]

YaPEIM Salur Bantuan Musaadah Covid19 Somalia

Kuala Lumpur, 7 Ogos – Sebaik mendengar keluh kesah permasalahan kehidupan warga Somalia menetap di Malaysia yang diceritakan sendiri dutanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri segera mengambil langkah prihatin dengan menyalurkan sumbangan. Menyedari kesusahan warga Somalia itu ketika pademik Covid-19 dan tempoh perintah kawalan pergerakan ini untuk mereka […]

Inspirasi Qaseh Kami : YaPEIM komited santuni masyarakat

Hulu Selangor, 04 Ogos : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN) Selangor telah menyantuni 2 buah keluarga yang sedang di dalam kesusahan. Para penerima sumbangan Program Inspirasi Prihatin kali ini adalah daripada komuniti penduduk di kawasan Bukit Beruntung. Sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Puan Parihah Hasan, Pemangku Ketua Pengarah […]

Travelog YaPEIM : Kongsi rezeki, ummah harmoni.

Perjalanan kami dari Ibu Pejabat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bermula seawal jam 8 pagi sebelum bergerak menuju ke lokasi penyerahan sumbangan kali ini di sekitar Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan. Misi kali ini turut disertai Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM Puan Parihah Hasan, hadir sama Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Datuk Mohd Redza Shah […]

Inspirasi Qaseh Kami : Ucapan Terima Kasih Tanda Syukur Terima Sumbangan

Seberang Perai Utara, 30 Julai : Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19 menyebabkan kebanyakan masyarakat terjejas sumber pendapatan ekoran banyak sektor perniagaan, perindustrian dan lain-lain lagi terpaksa ditutup atau dihadkan aktiviti. Prihatin dengan situasi ini, YaPEIM melalui Squad Qaseh YaPEIM Utara berusaha menyantuni mereka yang ditimpa musibah dengan menyalurkan sedikit sumbangan wang tunai […]

Inspirasi Qaseh Kami : Rumah musnah akibat kebakaran dan rosak dilanda ribut.

Bachok, 29 Julai : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN) Kelantan telah menyantuni 5 buah keluarga yang mengalami kerosakan tempat tinggal akibat kebakaran dan ribut. Berat Mata memandang, Berat lagi yang memikul. Itulah perumpamaan yang dapat digambarkan. Salah seorang penerima sumbangan, En Arifin Bin Mohamed, 61 tahun tinggal di […]

Inspirasi Qaseh Kami : Sumbangan YaPEIM kepada Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

Kuala Kangsar, 27 Julai : YaPEIM melalui Penyelaras Komuniti YaPEIM Negeri Perak baru-baru ini telah melaksanakan Program Inspirasi Qaseh Kami YaPEIM iaitu sumbangan berupa wang tunai berjumlah RM6,500 kepada 65 orang pelajar asnaf. Sumbangan ini diberikan kepada pelajar-pelajar yang dari golongan asnaf. Simbolik serahan sumbangan diadakan antara pihak YaPEIM kepada Safuan Haji Raba”ai Pegawai Pendidikan […]

Inspirasi Qaseh Aidiladha : “Amalan Ibadah Qurban ternyata melebihi ibadah Jihad”

Sabah, 26 Julai : Pelaksanaan qurban pada tahun ini pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Penyelaras Komuniti YaPEIM Negeri Sabah memilih Kampung Pasir Putih Tawau sebagai pilihan lokasi untuk menjalankan ibadah qurban pada tahun ini. Bermula dari awal perkenalan, sehingga pengucapan perpisahan, pasukan kami telah berganding bahu dengan Pertubuhan Komuniti (Penggiat) Kampung Pasir […]