Inspirasi Qaseh Kami : Rumah musnah akibat kebakaran dan rosak dilanda ribut.

Bachok, 29 Julai : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN) Kelantan telah menyantuni 5 buah keluarga yang mengalami kerosakan tempat tinggal akibat kebakaran dan ribut.

Berat Mata memandang, Berat lagi yang memikul. Itulah perumpamaan yang dapat digambarkan.

Salah seorang penerima sumbangan, En Arifin Bin Mohamed, 61 tahun tinggal di Kampung Teput Dalam, Gunong. Rumah beliau terbakar akibat berlaku litar pintas. Waktu kejadian berlaku pada waktu malam dan beliau tidak sempat menyelamatkan barang berharga kerana kebakaran merebak dengan pantas. Semasa kejadian beliau dan 4 ahli keluarga hanya mampu menyelamatkan diri dan menunggu kehadiran pihak bomba bagi memadam kebakaran.

Penerima kedua adalah Safie Bin Mohamed, umur 56 tahun. Tinggal di kampung di kampung Ketil, Gunong. Rumah beliau ditimpa ribut menyebabkan kerosakan pada rumah beliau. Beliau merupakan bapa tunggal dan mempunyai 2 orang anak. Selain itu beliau menjaga ibunya yang uzur dan hanya berkerja sendiri.

Penerima ketiga adalah Mohd Aidilfalani Bin Ismail yang tinggal di kampung Keting, Gunong, 36 tahun. Beliau mempunyai 4 orang termasuk isteri dan anak. Akibat dari ribut yang melanda. Rumah beliau mengalami kerosakan. Selain itu, beliau mengalami kemalangan menyebabkan beliau tidak mampu berkerja berat Dan beliau tidak mampu membaiki kerosakan rumah yang di alami.

Penerima keempat adalah Rosli Bin Husin yang tinggal di Kampun Gong Badak Hilir, Jelawat, 50 tahun. Beliau hanya tinggal berseorangan di rumah yang usang. Disebabkan berlaku ribut. Rumah beliau mengalami kerosakan. Beliau merupakan OKU yang tidak boleh bercakap. Selain itu, beliau tidak berkerja dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan JKM dan ihsan orang ramai.

Penerima kelima adalah Roslan Bin Awang yang tinggal di Kampung Beris Kubor Besar, 45 tahun. Beliau hanya berkerja sebagai buruh kasar dan mempunyai 3 tanggungan termasuk isteri. Rumah beliau terbakar akibat berlakunya litar pintas menyebabkan separuh rumah hangus terbakar dan kehilangan dua buah motorsikal. Ini menyebabkan beliau sukar untuk pergi kerja dan tidak mampu untuk membaiki kerosakan rumah.

Program Inspirasi Qaseh kami – Inspirasi Prihatin YaPEIM ini menyasarkan penerima manfaat daripada golongan asnaf, keluarga miskin atau miskin tegar, kumpulan B40, golongan rentan, keluarga mangsa bencana dan mereka yang terkesan dengan pandemik.

Terima kasih diucapkan kepada Penyumbang Tabung Amanah YaPEIM yang senantiasa komited dalam menghulurkan sumbangan.

Untuk sumbangan ke Tabung YaPEIM boleh dibuat melalui :-

BIMB : 14023010000082 (Tabung Kebajikan Dan Pelajaran YaPEIM)

MBB : 564016103182 (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia)

BSN : 1410029864503006 (Tabung Kebajikan Pelajaran YPEIM Skim Pembangunan YPEIM)

Sumbangan Ikhlas Tuan dan Puan layak mendapat Pengecualian Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967