Inspirasi Qaseh Kami : YaPEIM agih sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Guar Sanji Perlis (GS-CARE)

Arau, 09 Ogos : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Skuad Qaseh YaPEIM Utara telah mengagihkan bantuan Foodbank Dryfood kepada Persatuan Kebajikan Guar Sanji Perlis (GS-CARE).

Sebanyak 15O set barangan keperluan harian telah diserahkan kepada YB Ust Ridzuan Hashim, Adun Guar Sanji dan Setiausaha Persatuan Kebajikan Guar Sanji Perlis (GS-CARE), En. Saifur Ridzuan Mustafa.

Sumbangan ini akan diedarkan oleh GS-CARE kepada penduduk asnaf Guar Sanji yang memerlukan dan terkesan dengan wabak pandemik Covid 19.

YB Ustaz Ridzuan Hashim mewakili GS-CARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak YaPEIM kerana sudi menyalurkan sumbangan kepada golongan sasar.

Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban bagi meneruskan kehidupan seharian.YaPEIM menzahirkan ucapan terima kasih kepada individu yang terlibat khususnya para penyumbang Tabung Amanah YaPEIM.

Untuk sumbangan ke Tabung YaPEIM boleh dibuat melalui :-

BIMB : 14023010000082 (Tabung Kebajikan Dan Pelajaran YaPEIM)

MBB : 564016103182 (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia)

BSN : 1410029864503006 (Tabung Kebajikan Pelajaran YPEIM Skim Pembangunan YPEIM)

Sumbangan Ikhlas Tuan dan Puan layak mendapat Pengecualian Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967