Inspirasi Qaseh Kami : Sumbangan YaPEIM kepada Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

Kuala Kangsar, 27 Julai : YaPEIM melalui Penyelaras Komuniti YaPEIM Negeri Perak baru-baru ini telah melaksanakan Program Inspirasi Qaseh Kami YaPEIM iaitu sumbangan berupa wang tunai berjumlah RM6,500 kepada 65 orang pelajar asnaf.

Sumbangan ini diberikan kepada pelajar-pelajar yang dari golongan asnaf. Simbolik serahan sumbangan diadakan antara pihak YaPEIM kepada Safuan Haji Raba”ai Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar dan seterusnya diagihkan kepada wakil guru-guru besar dari sekolah-sekolah yang terlibat.

Sumbangan ini akan diagihkan kepada pelajar asnaf sebanyak RM100 untuk 65 orang pelajar yang telah dikenalpasti oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.

Pihak YaPEIM juga mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar atas kerjasama dalam menjayakan program ini.

Program ini dilaksanakan hasil daripada sumbangan orang ramai melalui Skim Potongan Gaji YaPEIM.

Terima kasih penyumbang Tabung Amanah YaPEIM kerana sumbangan anda membantu mereka yang memerlukan.