Hulu Selangor, 04 Ogos : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN) Selangor telah menyantuni 2 buah keluarga yang sedang di dalam kesusahan.
Para penerima sumbangan Program Inspirasi Prihatin kali ini adalah daripada komuniti penduduk di kawasan Bukit Beruntung.
Sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Puan Parihah Hasan, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM kepada para penerima di kediaman masing-masing.
Turut bersama dalam program ini Encik Ahmad Nasir Salleh, Timbalan PPD Sektor Pembelajaran, PPD Hulu Selangor.
Salah seorang penerima sumbangan, Encik Mustafa Junatal Abdullah, 54 sejak mengalami sakit kanser peti suara beberapa tahun lepas, dia tidak lagi mampu untuk bekerja dan kini menjalani rawatan di wad hospital selepas menjalani pembedahan.
Bagi menjana pendapatan untuk menampung perbelanjaan keluarga, Puan Faizah, isteri kepada Encik Junatal memikul tugas dengan mengusahakan perniagaan makanan dengan dibantu oleh anak-anak di tepi jalan kawasan perumahan.
Sejak PKP yang melanda, hasil pendapatan peniagaan agak berkurangan tetapi masih terus berusaha kerana perlu memastikan anak-anak yang tinggal bersama seramai 10 orang tidak terputus makan.
Selain itu, Pihak YaPEIM juga berpeluang menyantuni Nazirah Nabilah Benyajeed, 19 yang kisahnya viral selepas ibu dan bapanya meninggal dunia akibat Covid19.
Kini Nabilah menggalas tugas sebagai ibu dan bapa bagi mengurus, menjaga dan membesarkan 7 orang lagi adik-adiknya.
Ketika ditemui, Nabilah yang kini dipantau dan dibantu oleh pihak JKM kelihatan masih lagi terkejut dan sedih dengan apa yang telah berlaku dan kini dia masih kagi menjalani proses kaunseling secara berkala bagi menguatkan semangat dia dan adik-adiknya akibat tekanan yang diberikan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.
Program Inspirasi Qaseh kami – Inspirasi Prihatin YaPEIM ini menyasarkan penerima manfaat daripada golongan asnaf, keluarga miskin atau miskin tegar, kumpulan B40, golongan rentan, keluarga mangsa bencana dan mereka yang terkesan dengan pandemik.
Pihak YaPEIM merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang Skim Potongan Gaji YaPEIM yang telah menyumbang kepada Tabung Amanah YaPEIM kerana sumbangan anda telah memberi sinar harapan kepada mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup mendepani ujian dan musibah yang mendatang.
Untuk sumbangan ke Tabung YaPEIM boleh dibuat melalui :-
BIMB : 14023010000082 (Tabung Kebajikan Dan Pelajaran YaPEIM)
MBB : 564016103182 (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia)
BSN : 1410029864503006 (Tabung Kebajikan Pelajaran YPEIM Skim Pembangunan YPEIM)
Sumbangan Ikhlas Tuan dan Puan layak mendapat Pengecualian Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967