Kangar, 27 Julai : Suasana sambutan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Qurban merupakan tahun yang ke 2 disambut secara norma baru akibat penularan wabak Covid19.
Salah satunya adalah Program Ibadah Qurban yang perlu mematuhi SOP yang ketat untuk melaksanakannya. Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) mengambil cakna tentang isu tersebut.
YaPEIM melalui Squad Qaseh YaPEIM Utara telah menyumbang 2 ekor lembu kepada pihak UniMAP untuk perlaksanaan ibadah qurban tahun ini.
Program ini dilaksanakan secara gotong royong mengikut SOP yang ditetapkan. 2 ekor lembu yang seekornya disembelih dan dimasak untuk diagihkan kepada para pelajar dan kakitangan universiti tersebut.
Manakala seekor lagi disembelih dan diedarkan daging mentah kepada penduduk Kampung Ulu Pauh dan penduduk sekitar.
Program kali ini turut dihadiri Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Malaysia Perlis.
Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak YaPEIM atas usaha murni menyantuni warga UniMAP sama ada pelajar atau kakitangan, sekurang-kurangnya mengubat rasa rindu dan sedih para pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidiladha tahun ini.
Wakil penduduk Kampung Ulu Pauh juga berasa terharu dan amat berterima kasih yang tidak terhingga kepada pihak YaPEIM.
“Agihan daging qurban ini diserahkan sebagai tanda prihatin kepada warga UniMAP dan YaPEIM hanya perantara dalam menyampaikan amanah orang ramai.
Untuk sumbangan ke Tabung YaPEIM boleh dibuat melalui :-
BIMB :14023010000082 (Tabung Kebajikan Dan Pelajaran YaPEIM)
MBB : 564016103182 (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia)
BSN : 1410029864503006 (Tabung Kebajikan Pelajaran YPEIM Skim Pembangunan YPEIM)
Sumbangan Ikhlas Tuan dan Puan layak mendapat Pengecualian Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967