Inspirasi Qaseh Aidiladha : “Amalan Ibadah Qurban ternyata melebihi ibadah Jihad”

Sabah, 26 Julai : Pelaksanaan qurban pada tahun ini pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Penyelaras Komuniti YaPEIM Negeri Sabah memilih Kampung Pasir Putih Tawau sebagai pilihan lokasi untuk menjalankan ibadah qurban pada tahun ini.

Bermula dari awal perkenalan, sehingga pengucapan perpisahan, pasukan kami telah berganding bahu dengan Pertubuhan Komuniti (Penggiat) Kampung Pasir Putih Baharu, Tawau dalam menjayakan program pada tahun ini.

Menjadi penyeri program, sumbangan kali ini turut dihadiri oleh Pengerusi Pertubuhan Komuniti Kg Pasir Putih Baharu sendiri iaitu Pn Kasruniyaty Binti Rully dan Ketua Kampung Kg Pasir Putih Baharu, En Rahman Bin Suali dalam membantu memberikan sumbangan dan penyerahan daging kepada penduduk setempat.

Ternyata muncul senyuman yang tak lekang di wajah team sukarelawan kerana masih dirahmati untuk dibolehkan beribadah tatkala negara menentang wabak Covid-19.

Ibadah kali ini mewujudkan rasa kepuasan, syukur dan kegembiraan buat team sukarelawan setelah berjaya menyempurnakan ibadah qurban tatkala SOP menjadi kekangan.

Alhamdulillah dengan izin-Nya, program ibadah qurban selesai setelah 4 jam berhempas pulas di pagi hari, walaupun dengan tenaga yang kurang dari kebiasaan, ditambah dengan hadirin yang kurang, proses penyembelihan berjalan dengan lancar, malah meriah dalam kalangan sukarelawan yang terlibat.

Pihak kami dimaklumkan hasil sumbangan ini dapat membantu ramai masyarakat setempat terutama golongan terkesan dgn pandemik covid dan paling penting juga sama-sama turut berkongsi kemeriahan sambutan hari raya aidiladha pada tahun ini yang mana mendatangkan kepuasan dalam diri kami untuk terus menyampaikan hasrat penyumbang Tabung Amanah YaPEIM.

Semoga kita dilindungi & jika panjang umur kita berhari raya lagi di tahun hadapan dan virus COVID-19 di angkat pergi. Semoga Allah S.W.T memudahkan segala urusan kita.