Inspirasi Qaseh Aidiladha : YaPEIM Sumbang 24 Ekor Lembu Di Negeri Terengganu

Terengganu, 22 Julai : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyumbang 24 ekor lembu yang berjumlah RM117,700 untuk Program Ibadah Qurban 1442H/2021M di Negeri Terengganu melalui Koperasi Ibadah Qurban YaPEIM Berhad (KIQYB) diselaraskan oleh Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Terengganu.

Terdapat 6 daerah yang terlibat iaitu Daerah Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Kemaman, Hulu Terengganu dan Besut dengan 14 lokasi yang akan mengadakan Program Ibadah Qurban YaPEIM dari tarikh 20 sehingga 23 Julai 2021.

Program Ibadah Qurban ini mendapat kerjasama dengan masjid, surau, sekolah, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Agama dan Maahad Tahfiz.

“Program ini bermula dengan aktiviti sembelihan, melapah, membungkus dan seterusnya pengagihan daging lembu kepada golongan yang memerlukan termasuk asnaf, anak yatim, fakir miskin dan frontliners di kawasan berkenaan.

Semoga sumbangan lembu ini dapat membantu menceriakan golongan kurang berkemampuan, selain dapat memeriahkan lagi sambutan Aidiladha.

Sumbangan ini juga diharap dapat membantu orang ramai mendapat agihan daging dalam suasana ketat patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) akibat pandemik Covid19 sempena Hari Raya Aidiladha.