YaPEIM, SME Bank meterai MoU bantu usahawan asnaf

Kuala Lumpur, 25 November : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bersama SME Bank memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi jalinan kerjasama membantu lebih ramai usahawan Asnaf meningkatkan kemahiran dan kebolehan mereka untuk mengembangkan dan mengekalkan perniagaan masing-masing dengan menggunakan teknologi digital. Satu program yang dinamakan Program pembangunan usahawan Asnaf 2.0 atau ISHRAF 2.0 itu melibatkan […]

YaPEIM, MAIWP jalin kerjasama strategik bantu usahawan asnaf

Kuala Lumpur, 15 November : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) jalin kerjasama strategik menganjurkan program Musa’adah Tijariyyah 2.0 MAIWP dan Inspirasipreuner YaPEIM bagi membantu lebih ramai usahawan asnaf berkembang dalam perniagaan mereka. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Tuan Haji Idris Ahmad, berkata, […]

YaPEIM, MAIPk Bantu Peniaga Pisang Goreng Menerusi Program INSPIRASIKU MyHAUS

IPOH, 14 NOVEMBER : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bersama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mengambil inisiatif membantu keluarga Encik Azidi Sudin yang menetap di Kampung Sri Aman, Menglembu, di sini yang hidup dalam serba kekurangan. Azidi berusia 53 tahun berstatus asnaf dibantu dari pelbagai sudut seperti bantuan pembinaan tempat tinggal […]

Inspirasi Qaseh Kami : Peserta webinar mualaf dapat foodbank YaPEIM.

Kota Bharu, 27 Oktober : Dikala musibah yang melanda akibat Pandemik Covid-19 ini, ramai dikalangan kita yang hidup dalam kesusahan dan hilang punca pendapatan. Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia melalui Skuad Qaseh YaPEIM Negeri Kelantan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) telah menyantuni peserta Webinar Mualaf bagi menghulurkan sumbangan berbentuk dry food melalui […]

Inspirasi Qaseh Kami : Foodbank YaPEIM bagi nelayan dan petani

Asajaya, 23 Oktober : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Program Inspirasi Qaseh kami telah menyampaikan sumbangan makanan kering kepada 100 orang penduduk Kampung Semera di Daerah Asajaya, disini, hari ini. Simbolik serahan disampaikan oleh Ketua Pengarah YaPEIM, Mohd Ridzal Mohd Sheriff kepada penerima sumbangan yang hadir. Rata-rata penduduk di kampung tersebut bekerja sebagai […]

Inspirasi Qaseh Kami : Bantuan Makanan Asas kepada Alumni

Keramat, 13 Oktober : YaPEIM merupakan salah satu yayasan di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang bertanggungjawab memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Menyedari semakin ramai yang terkesan sejak akhir-akhir ini, Penyelaras Komuniti YaPEIM Wilayah Persekutuan mengambil langkah proaktif untuk membantu golongan yang memerlukan. Baru-baru ini, sumbangan telah diberikan kepada Alumni […]

RM288,000 Dana Inspirasiku disalur ke Universiti Malaya.

Kuala Lumpur, 4 Oktober – Seramai 576 penuntut Universiti Malaya (UM) boleh menarik nafas lega apabila menerima sumbangan Program Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) yang secara keseluruhan berjumlah RM288,000. Sumbangan yang dihulurkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) itu disampaikan oleh YBhg Tuan Hj Mohd Ridzal Mohd Sheriff, Ketua Pengarah YaPEIM kepada YBhg Prof Dr Sabri […]

Disebalik ujian datangnya rahmat

Sik, 28 September : Disebalik pelbagai ujian dan dugaan yang dilalui sudah pasti ada hikmah yang ingin ditunjuk Allah SWT kepada hamba-hambanya yang sabar dan sentiasa bersyukur. Kata-kata itu bertepatan dengan apa yang dilalui Mohd Nor Zamri Mohamad Sopi, 36, bersama keluarganya apabila menjadi penerima manfaat Program Inspirasiku MyHAUS di Kampung Betong Dalam, Jeneri, di […]

Jom Sertai Peraduan Teka Silang Kata Sempena Hari Malaysia

Uji minda anda dengan menyertai peraduan ini bagi menghayati hari Malaysia.Anda berpeluang memenangi hadiah menarik daripada YaPEIM Official! Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.Penyertaan adalah 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀!!! Sertai sekarang!!Untuk mengetahui syarat-syarat dan panduan penyertaan, sila layari: https://drive.google.com/…/1Fg2MocaVqk79i6BXvD8…/view… Muat turun (download) soalan teka silang kata anda sekarang!