Sukarelawan YaPEIM Bantu Bersihkan Rumah Mangsa Banjir

MENTAKAB, 30 disember 2021 – Sejumlah 35 orang sukarelawan YaPEIM hari ini hadir bagi membantu membersihkan rumah dan kawasan banjir di Taman Zabidin, Kg Sg Ara, Mentakab. Sukarelawan YaPEIM yang dikendalikan oleh Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan YaPEIM (KeSSKY) ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diagihkan mengikut kawasan dan rumah yang dipilih. Proses pembersihan bermula […]

Skuad Musa’adah Keluarga Malaysia

Trauma bah besar yang melanda beberapa daerah di negeri Pahang pada 2014 pastinya masih berbekas di ingatan rata-rata penduduk di negeri Pahang Darul Makmur. Tatkala tujuh tahun sudah berlalu bencana besar seumpama itu kembali menguji rakyat Pahang yang seakan sudah lali dengan apa yang menimpa mereka. Kru YaPEIM yang menyertai Skuad Musa’adah Keluarga Malaysia Agensi […]

YaPEIM Terus Santuni Mangsa Banjir

KUALA SELANGOR, 22 Disember 2021 – YaPEIM hadir menyantuni mangsa banjir di 4 Pusat Penempatan Sementara(PPS) dsn sekitar Kampung Bestari Jaya yang masih terjejas akibat banjir dengan memberi bantuan sebanyak 500 pek makanan sedia dimakan (RTE). Selain itu, beberapa barangan lain seperti tilam toto, sejadah, selimut dan kain pelekat turut diedarkan. Sumbangan diserahkan oleh Pn […]

YaPEIM Agih Bantuan Di PPS Sg Serai

HULU LANGAT, 22 Disember 2021- Sejumlah 220 pek Foodbank YaPEIM berupa makan sedia dimakan telah diagih kepada 220 mangsa banjir yang terjejas di Pusat Pemindahan Sementara(PPS) Sg Serai, Hulu Langat. Agihan diserahkan oleh YB Senator Hj Idris Hj Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Agama). Terdahulu, YB Senator mengumumkan sejumlah RM6,625,680.00 diperuntukan oleh agensi […]

Skuad Qaseh YaPEIM Siap Sedia Laksana Misi Bantuan Banjir

Kuala Lumpur, 21 Disember 2021- Skuad Qaseh YaPEIM pagi ini bersiap sedia untuk melaksanakan misi bantuan banjir di beberapa kawasan yang terjejas teruk akibat banjir besar yang disifatkan luar biasa. Barangan Foodbank YaPEIM berjumlah 1,500 pek makanan sedia dimakan(ready to eat) diagih kepada mangsa banjir di lokasi yang dikenalpasti di sekitar Seksyen 10 Shah Alam, […]

Sukarelawan YaPEIM Bantu Mangsa Banjir

Petaling Jaya, 20 Disember : Bencana banjir yang melanda pada Sabtu lepas memberi kesan mendalam kepada masyarakat. Banyak kediaman telah dinaiki air dan kenderaan terjejas teruk akibat bah besar ini. YaPEIM tampil melalui pasukan Sukarelawan YaPEIM di bawah Kelab Sukan, Sosial & Kebajikan YaPEIM (KeSSKY) bagi membantu dan menyantuni mangsa banjir yang terdiri dari kalangan […]

Usahawan Asnaf Terima Kunci, Simbolik Penyerahan MyHAUS

Kuala Lumpur, 10 Disember : Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Tuan Haji Idris Haji Ahmad menyerahkan kunci kepada Asnaf Mohd Khaizuan Oslan Affandi sebagai simbolik penyerahan rumah yang telah siap dibina menerusi Program Inspirasiku MyHAUS YaPEIM. Majlis serahan dilakukan pada Program 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala […]

Skuad Musa’adah Keluarga Malaysia dilancar

Putrajaya, 7 Disember : Skuad Musa’adah Keluarga Malaysia Agensi Di Bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dilancar secara rasmi di Kompleks Islam Putrajaya, di sini, hari ini. Pelancaran disempurnakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Tuan Haji Idris Haji Ahmad yang melepaskan 11 buah kenderaan sempena simbolik pelancaran […]

Linangan air mata penyumbang SPG YaPEIM

Tidak terlintas difikirannya sebelum ini apabila membuat potongan dengan Skim Potongan Gaji (SPG) YaPEIM sejak beberapa tahun lalu akan mendapat balasan atas usaha murni itu pada hari ini. Itu yang diluahkan Laili Hirwati Abdul Wahid, 42, mangsa kebakaran kediaman di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru, sambil menahan linangan air mata apabila sedekah amal jariahnya sebelum […]

YaPEIM, NAFAS meterai MoU sedia kemudahan mikro kredit kepada warga Peladang.

Kuala Lumpur, 25 November : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bersama Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) memeterai satu Memorandum Persefahaman(MoU) bagi menyediakan kemudahan mikro kredit berasaskan syariah kepada warga Peladang. NAFAS melalui Dana Peladang Kebangsaan(DPK) akan melabur dalam projek Ar Rahnu YaPEIM melalui Co-branding dengan pelaburan berkonsepkan Mudharabah bagi cawangan terpilih. Objektifnya adalah bagi menyediakan […]