Inspirasi Qaseh Kami : Bantuan Makanan Asas kepada Alumni

Keramat, 13 Oktober : YaPEIM merupakan salah satu yayasan di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang bertanggungjawab memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Menyedari semakin ramai yang terkesan sejak akhir-akhir ini, Penyelaras Komuniti YaPEIM Wilayah Persekutuan mengambil langkah proaktif untuk membantu golongan yang memerlukan.

Baru-baru ini, sumbangan telah diberikan kepada Alumni Institut Kemahiran Baitulmal (IKB). Pengerusi Alumni IKB, Hardi Yatimi berbesar hati menerima sumbangan Foodbank daripada pihak YaPEIM. Seramai 50 orang alumni yang terkesan bakal menerima barangan makanan berupa beras, minyak masak, gula, bihun, biskut, sardin dan tepung.

Ada diantara mereka yang berniaga kedai makan serta membuka kedai jahit. Walaubagaimanapun, PKP yang dilaksanakan sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan mereka. Bantuan daripada YaPEIM ini mungkin boleh membantu mereka yang kekurangan barang keperluan harian. Bantulah mereka dengan memberikan maklumat kepada YaPEIM.

Pihak YaPEIM merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang Skim Potongan Gaji YaPEIM yang telah menyumbang kepada Tabung Amanah YaPEIM.

Sumbangan anda telah memberi sinar harapan kepada mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup mendepani ujian dan musibah yang mendatang.

Bantulah kami dalam memberikan maklumat berkaitan mereka yang memerlukan bantuan.

Untuk sumbangan ke Tabung YaPEIM boleh dibuat melalui :-

BIMB : 14023010000082 (Tabung Kebajikan Dan Pelajaran YaPEIM)

MBB : 564016103182 (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia)

BSN : 1410029864503006 (Tabung Kebajikan Pelajaran YaPEIM Skim Pembangunan YaPEIM)

Sumbangan Ikhlas Tuan dan Puan layak mendapat Pengecualian Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967