Inspirasi Qaseh Kami : Peserta webinar mualaf dapat foodbank YaPEIM.

Kota Bharu, 27 Oktober : Dikala musibah yang melanda akibat Pandemik Covid-19 ini, ramai dikalangan kita yang hidup dalam kesusahan dan hilang punca pendapatan.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia melalui Skuad Qaseh YaPEIM Negeri Kelantan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) telah menyantuni peserta Webinar Mualaf bagi menghulurkan sumbangan berbentuk dry food melalui Program Inspirasi Qaseh Foodbank YaPEIM 3.0.

Sebanyak 50 Set Dry Food telah diagihkan kepada JAHEAIK yang diwakili oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, Anuar Al Sadat Bin Hj. Noor untuk diagihkan kepada golongan sasar.

Para penerima sumbangan berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Pihak YaPEIM diatas sumbangan yang dihulurkan. Semoga sumbangan ikhlas anda mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah Taala.

Pihak YaPEIM merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang Skim Potongan Gaji YaPEIM yang telah menyumbang kepada Tabung Amanah YaPEIM.

Sumbangan anda telah memberi sinar harapan kepada mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup mendepani ujian dan musibah yang mendatang.

Bantulah kami dalam memberikan maklumat berkaitan mereka yang memerlukan bantuan.

Untuk sumbangan ke Tabung YaPEIM boleh dibuat melalui :-

Bank Islam : 14023010000082 (Tabung Kebajikan Dan Pelajaran YaPEIM)

Maybank : 564016103182 (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia)

BSN : 1410029864503006 (Tabung Kebajikan Pelajaran YaPEIM Skim Pembangunan YaPEIM)

Sumbangan Ikhlas Tuan dan Puan layak mendapat Pengecualian Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967