YaPEIM Terus Santuni Mangsa Banjir

KUALA SELANGOR, 22 Disember 2021 – YaPEIM hadir menyantuni mangsa banjir di 4 Pusat Penempatan Sementara(PPS) dsn sekitar Kampung Bestari Jaya yang masih terjejas akibat banjir dengan memberi bantuan sebanyak 500 pek makanan sedia dimakan (RTE).

Selain itu, beberapa barangan lain seperti tilam toto, sejadah, selimut dan kain pelekat turut diedarkan.

Sumbangan diserahkan oleh Pn Parihah Hasan, Pengarah kanan YaPEIM.

Rata-rata penerima mengucapkan syukur dan berterima kasih diatas bantuan yang disalur.

YaPEIM bekerjasama dengan pemimpin masyarakat setempat dan beberapa NGO bagi menjayakan misi bantuan ini. Semoga para mangsa banjir diberikan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan.

Pihak YaPEIM merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang Skim Potongan Gaji YaPEIM yang telah menyumbang kepada Tabung Amanah YaPEIM.

Sumbangan anda telah memberi sinar harapan kepada mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup mendepani ujian dan musibah yang mendatang.