YaPEIM, NAFAS meterai MoU sedia kemudahan mikro kredit kepada warga Peladang.

Kuala Lumpur, 25 November : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bersama Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) memeterai satu Memorandum Persefahaman(MoU) bagi menyediakan kemudahan mikro kredit berasaskan syariah kepada warga Peladang.

NAFAS melalui Dana Peladang Kebangsaan(DPK) akan melabur dalam projek Ar Rahnu YaPEIM melalui Co-branding dengan pelaburan berkonsepkan Mudharabah bagi cawangan terpilih.

Objektifnya adalah bagi menyediakan kemudahan mikro kredit berasaskan syariah kepada warga Peladang, memperoleh modal perniagaan dan sumber bagi aktiviti-aktiviti lain yang produktif untuk membangun sosioekonomi ummah serta mencapai matlamat program sosial bisnes yang merupakan aktiviti teras YaPEIM.

Majlis menandatangani MoU antara YaPEIM dan NAFAS ini diwakili oleh Pengerusi YaPEIM, Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid sementara NAFAS diwakili Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, Dato’ Hj Zamri Yaakob.

Majlis dihadiri Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Makanan, YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.