Sukarelawan YaPEIM Bantu Mangsa Banjir

Petaling Jaya, 20 Disember : Bencana banjir yang melanda pada Sabtu lepas memberi kesan mendalam kepada masyarakat. Banyak kediaman telah dinaiki air dan kenderaan terjejas teruk akibat bah besar ini.

YaPEIM tampil melalui pasukan Sukarelawan YaPEIM di bawah Kelab Sukan, Sosial & Kebajikan YaPEIM (KeSSKY) bagi membantu dan menyantuni mangsa banjir yang terdiri dari kalangan kakitangan YaPEIM dan masyarakat.

Pasukan Sukarelawan YaPEIM memulakan misi pada hari ini dengan mengerahkan tenaga membantu membersihkan dua buah rumah yang juga merupakan rumah kakitangan YaPEIM, Pn Nursyahirul Asyikin dan Pn Rosilawati Sian, di kediamannya di Kg Pasir Baru, Jalan Klang Lama.

Pn Asyikin dan Pn Rosilawati merakamkan setinggi terima kasih kepada Pasukan Sukarelawan YaPEIM yang tampil memberikan bantuan kepada beliau sekeluarga.

Semoga para mangsa banjir diberikan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan.

Pihak YaPEIM merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang Skim Potongan Gaji YaPEIM yang telah menyumbang kepada Tabung Amanah YaPEIM.

Sumbangan anda telah memberi sinar harapan kepada mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup mendepani ujian dan musibah yang mendatang.

Bantulah kami dalam memberikan maklumat berkaitan mereka yang memerlukan bantuan.