YaPEIM Agih Bantuan Di PPS Sg Serai

HULU LANGAT, 22 Disember 2021- Sejumlah 220 pek Foodbank YaPEIM berupa makan sedia dimakan telah diagih kepada 220 mangsa banjir yang terjejas di Pusat Pemindahan Sementara(PPS) Sg Serai, Hulu Langat.

Agihan diserahkan oleh YB Senator Hj Idris Hj Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Agama).

Terdahulu, YB Senator mengumumkan sejumlah RM6,625,680.00 diperuntukan oleh agensi agama hal ehwal islam.

YaPEIM memperuntukan sejumlah RM1,633,280.00 bagi menyantuni serta meringankan bebanan mangsa banjir.

YaPEIM telah mengerahkan jenteranya untuk melaksanakan misi bantuan banjir susulan banjir besar yang melanda bagi menyantuni mangsa-mangsa banjir terjejas. Pasukan Sukarelawan YaPEIM juga turut bersama bagi membantu membersihkan rumah mangsa yang terkesan.