Usahawan Asnaf Terima Kunci, Simbolik Penyerahan MyHAUS

Kuala Lumpur, 10 Disember : Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Tuan Haji Idris Haji Ahmad menyerahkan kunci kepada Asnaf Mohd Khaizuan Oslan Affandi sebagai simbolik penyerahan rumah yang telah siap dibina menerusi Program Inspirasiku MyHAUS YaPEIM.

Majlis serahan dilakukan pada Program 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Mohd Khaizuan, 33, merupakan peniaga makanan sejuk beku yang menetap di Kampung Masjid Raja, Chendering, Kuala Terengganu dengan pendapatan semasa kira-kira RM2,000 sebulan.

Beliau dan pasangan Tuan Norlyda Tuan Ariffin, 30, dikurniakan lima cahaya mata.

Menerusi pelaksanaan Program Inspirasiku MyHAUS beliau menerima manfaat iaitu bantuan bina/naik taraf kediaman berjumlah RM40,000 selain bantuan kelestarian perniagaan berjumlah RM5,000 serta bantuan inspirasi pendidikan anak dengan jumlah bantuan maksimum hingga RM5,000.

Beliau menzahirkan kesyukuran dan penghargaan kepada YB Menteri dan YaPEIM atas manfaat yang diterima.