Skuad Qaseh YaPEIM Siap Sedia Laksana Misi Bantuan Banjir

Kuala Lumpur, 21 Disember 2021- Skuad Qaseh YaPEIM pagi ini bersiap sedia untuk melaksanakan misi bantuan banjir di beberapa kawasan yang terjejas teruk akibat banjir besar yang disifatkan luar biasa.

Barangan Foodbank YaPEIM berjumlah 1,500 pek makanan sedia dimakan(ready to eat) diagih kepada mangsa banjir di lokasi yang dikenalpasti di sekitar Seksyen 10 Shah Alam, Masjid As Salam Puchong dan Surau Darus Syakirin, Klang.

Terdahulu, YaPEIM telah mengerahkan jenteranya untuk melaksanakan misi bantuan banjir bermula semalam bagi menyantuni mangsa banjir terjejas. Pasukan Sukarelawan YaPEIM turut juga bersama bagi membantu membersihkan rumah mangsa.