Inspirasi Qaseh Kami : Lebaran Lebih Bermakna

Sandakan, 24 Mei: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Squad Qaseh Negeri Sabah baru-baru ini telah melaksanakan Program Inspirasi Qaseh Raya Aidilfitri YaPEIM iaitu sumbangan berupa wang tunai berjumlah RM10,000 kepada golongan asnaf. Sumbangan duit raya kepada golongan asnaf ini diserahkan kepada Dr. Dalmansa Bin Hj. Tahil, Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan dan seterusnya diagihkan […]
Inspirasi Qaseh Kami: Agihan Juadah Berbuka Puasa

Sungai Besi, 7 Mei – YaPEIM melalui Penyelaras Komuniti YaPEIM Wilayah Persekutuan mengagihkan juadah berbuka puasa kepada kariah Masjid Ibnu Khaldun dan surau sekitar Sungai Besi. Sebanyak 150 set juadah berbuka puasa bubur lambuk, kuih dan kurma telah diagihkan. Penyediaan juadah berbuka puasa ini adalah daripada wang orang ramai yang menyumbang dengan YaPEIM melalui Skim […]
Inspirasi Qaseh Kami : YaPEIM Agih Duit Raya Kepada Anak Yatim

Lipis, 6 Mei : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Unit Penyelaras Komuniti YaPEIM Negeri Pahang telah melaksanakan Program Inspirasi Qaseh Raya YaPEIM dengan mengagihkan sumbangan berupa wang tunai berjumlah RM 15,000.00 yang berlangsung pada hari ini bersamaan pada hari 24 Ramadhan. Sumbangan tunai ini datang dari hasil sumbangan ikhlas orang ramai melalui Skim […]
Inspirasi Qaseh Kami : Satu Sedekah Beribu Barakah

Semporna, 01 Mei : Memasuki 18 Ramadhan, Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Sabah konsisten menyantuni masyarakat umum di bulan Ramadhan dengan perlaksanaan Program Inspirasi Qaseh Ramadhan di Semporna, semalam. Program hari ini melibatkan memasak bubur lambuk bersama Kolej Komuniti Semporna dan seterusnya pengagihan bubur lambuk 300 Set dan 200 set juadah berbuka puasa. Program memasak bubur […]
Inspirasi Qaseh Kami : Kegembiraan Dikongsi Bersama.

Pontian, 27 April : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) meneruskan agihan bubur lambuk dan juadah berbuka puasa sebanayak 300 pek sempena program Inspirasi Qaseh Ramadhan di Sekolah Agama Pekan Nenas, Pontian, semalam. Sumbangan disampaikan Jubaidah DJais, Pengurus Ar Rahnu YaPEIM Pontian bersama Guru Besar, Ustazah Tisam dan warga pendidik Sekolah Agama Pekan Nenas. Turut […]
Inspirasi Qaseh Kami : Jasamu Dikenang “Warga Pendidikan dan Petugas Kesihatan Daerah Marang”

Marang, 20 April : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah mengagihkan sumbangan 150 pek bubur lambuk dan kuih sempena Ramadhan kepada kakitangan di Pejabat Pendidikan Daerah Marang, Sekolah Kebangsaan Batangan dan Sekolah Kebangsaan Seberang Marang atas jasa mereka yang banyak berbakti kepada bangsa dan negara, semalam. Jasa guru ini sememangnya tidak dapat dibayar dengan […]
Inspirasi Qaseh Kami: Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk dan Agihan Juadah Berbuka Puasa.

Petaling Jaya, 16 April : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) meneruskan lagi hasrat murni dalam menyantuni masyarakat setempat dengan pelaksanaan Program Inspirasi Qaseh Ramadan YaPEIM di seluruh negara bagi mengimarahkan lagi bulan ramadan yang barakah, baru-baru ini. Bermula jam 11.00 pagi aktiviti gotong royong memasak bubur lambuk telah diadakan. Aktiviti ini turut disertai oleh […]
Inspirasi Qaseh Kami : YaPEIM Imarahkan Ramadhan Dengan Agihan Pek Makanan Dan Bubur Lambuk

Kuala Nerus, 14 April : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Squad Qaseh Negeri Terengganu telah melaksanakan Program Inspirasi Qaseh Ramadhan YaPEIM dengan mengagihkan sumbangan 300 pek nasi, bubur lambuk, kuih-muih dan kurma pada 1 Ramadhan di Daerah Kuala Nerus, semalam. Agihan sumbangan ini diberikan kepada masyarakat sekitar yang terdiri daripada pelanggan Ar Rahnu […]
Pelanggan Setia Ar Rahnu YaPEIM Menang Cabutan Kesetiaan

Petaling Jaya, 13 April 2021 : Seramai 192 pelanggan bertuah Ar Rahnu YaPEIM memenangi satu gram wafer emas setiap seorang dalam Majlis Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu YaPEIM 2021 yang berlangsung di ibu pejabat yayasan, semalam. Kesemua pemenang dipilih bagi kempen cabutan untuk tempoh Januari sehingga Mac 2021 bagi cabutan suku tahunan kali pertama. Cabutan telah […]
YaPEIM, MTDC Jalin Kerjasama Lahir Usahawan Berinovasi

SUBANG JAYA, 09 APRIL – Gabungan kepakaran dan kemampuan dalam melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya maju serta berpandangan global bakal direalisasikan menerusi jalinan kerjasama strategik dua hala di antara Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC). Selaras dengan itu, satu memorandum persefahaman telah disepakati dan ditandatangani oleh YaPEIM dan […]