Inspirasi Qaseh Kami : Kegembiraan Dikongsi Bersama.

Pontian, 27 April : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) meneruskan agihan bubur lambuk dan juadah berbuka puasa sebanayak 300 pek sempena program Inspirasi Qaseh Ramadhan di Sekolah Agama Pekan Nenas, Pontian, semalam.

Sumbangan disampaikan Jubaidah DJais, Pengurus Ar Rahnu YaPEIM Pontian bersama Guru Besar, Ustazah Tisam dan warga pendidik Sekolah Agama Pekan Nenas.

Turut menerima sumbangan, anggota barisan hadapan yang bertugas di sekatan jalan raya di Depot Imigresen, Pekan Nenas.

Terdahulu, agihan juadah berbuka turut diagihkan di Dewan Orang Ramai Air Baloi sempena lawatan Y.B Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Marzukh Shaary di daerah Pontian.

Program pada tahun ini jelas menyuburkan hubungan silaturahim antara YaPEIM dan penduduk setempat dan memberikan suasana ramadhan yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.

Terima Kasih diucapakan kepada semua penyumbang Tabung Amanah YaPEIM kerana sumbangan anda membantu mereka yang memerlukan.