Inspirasi Qaseh Kami: Agihan Juadah Berbuka Puasa

Sungai Besi, 7 Mei – YaPEIM melalui Penyelaras Komuniti YaPEIM Wilayah Persekutuan mengagihkan juadah berbuka puasa kepada kariah Masjid Ibnu Khaldun dan surau sekitar Sungai Besi.

Sebanyak 150 set juadah berbuka puasa bubur lambuk, kuih dan kurma telah diagihkan.

Penyediaan juadah berbuka puasa ini adalah daripada wang orang ramai yang menyumbang dengan YaPEIM melalui Skim Potongan Gaji.

Amat besarlah ganjarannya kepada para penyumbang lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini berdasarkan Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, baginya pahala orang berpuasa tanpa dikurang sedikitpun daripada pahalanya (orang berpuasa tersebut).” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi).

Pihak YaPEIM merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang Skim Potongan Gaji YaPEIM yang telah menyumbang kepada Tabung Amanah YaPEIM.