Inspirasi Qaseh Kami: Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk dan Agihan Juadah Berbuka Puasa.

Petaling Jaya, 16 April : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) meneruskan lagi hasrat murni dalam menyantuni masyarakat setempat dengan pelaksanaan Program Inspirasi Qaseh Ramadan YaPEIM di seluruh negara bagi mengimarahkan lagi bulan ramadan yang barakah, baru-baru ini.

Bermula jam 11.00 pagi aktiviti gotong royong memasak bubur lambuk telah diadakan. Aktiviti ini turut disertai oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Pengurusan YaPEIM, Pegawai dan staf, bersama-sama berganding bahu dalam menyiapkan 300 pek bubur lambuk untuk diagihkan.

Sehubungan dengan itu, sebanyak 300 pek bubur lambuk dan kuih, serta 300 pek nasi berlauk diedarkan disekitar Ibu Pejabat YaPEIM Mentari secara pandu lalu dan agihan setempat.

Agihan makanan berbuka puasa ini akan dilaksanakan setiap hari bekerja sepanjang bulan Ramadhan. Program Inspirasi Qaseh Ramadhan ini berjalan serentak di seluruh negara.

Semoga pengagihan juadah berbuka puasa seperti ini sedikit sebanyak meringankan beban penerima manfaat dan dalam masa yang sama dapat memperkenalkan YaPEIM kepada masyarakat setempat.

Pihak YaPEIM merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang Skim Potongan Gaji YaPEIM yang telah menyumbang kepada Tabung Amanah YaPEIM.