Inspirasi Qaseh Kami : Lebaran Lebih Bermakna

Sandakan, 24 Mei: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Squad Qaseh Negeri Sabah baru-baru ini telah melaksanakan Program Inspirasi Qaseh Raya Aidilfitri YaPEIM iaitu sumbangan berupa wang tunai berjumlah RM10,000 kepada golongan asnaf.

Sumbangan duit raya kepada golongan asnaf ini diserahkan kepada Dr. Dalmansa Bin Hj. Tahil, Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan dan seterusnya diagihkan kepada wakil guru-guru besar dari sekolah-sekolah yang terlibat.

Sumbangan ini akan diagihkan kepada pelajar asnaf sebanyak RM100 untuk 100 orang pelajar yang telah dikenalpasti oleh Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan.

Sekolah yang terlibat ialah SK Sungai Padas, SK Batu Putih Baru, SK Gum-Gum Kecil, dan SK Pasir Putih. Penyerahan sumbangan ini dilaksanakan secara ringkas di bilik mesyuarat Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan dengan mengikut SOP yang ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, pihak YaPEIM mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang dan organisasi korporat yang menderma melalui Skim Potongan Gaji YaPEIM, penyumbang tabung amanah YaPEIM & penyumbang melalui secara atas talian (Qaseh Ramadhan YaPEIM).

Selain itu, pihak YaPEIM juga ingin berterima kasih kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan atas kerjasama menjayakan program ini. Semoga dengan kerjasama ini mengeratkan lagi silaturrahim dua agensi ini serta amatlah diharapkan program seperti ini akan diteruskan sampai bila-bila.