Lipis, 6 Mei : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Unit Penyelaras Komuniti YaPEIM Negeri Pahang telah melaksanakan Program Inspirasi Qaseh Raya YaPEIM dengan mengagihkan sumbangan berupa wang tunai berjumlah RM 15,000.00 yang berlangsung pada hari ini bersamaan pada hari 24 Ramadhan.
Sumbangan tunai ini datang dari hasil sumbangan ikhlas orang ramai melalui Skim Potongan Gaji dan daripada organisasi Koprat yang sama-sama ingin berkongsi bahagia dengan mereka yang memerlukan.
Nilai RM 15,000.00 diberikan kepada 150 pelajar yang melibatkan sebanyak 37 buah sekolah di daerah Lipis yang tergolong anak yatim dan yatim piatu . Serahan ini disempurnakan oleh Encik Amin Nollah Bin Lateh, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis serta En Borhan Long, YDP MGB Daerah Lipis .
Beliau menzahirkan ribuan terima kasih dan mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada YaPEIM serta para penyumbang atas sumbangan ini.
Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan perbelanjaan ibu bapa sempena menyambut kedatangan Bulan Syawal yang mulia.
Program seumpama ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa sokongan orang ramai yang berterusan menyumbang ke Tabung Pembangunan Sosioekonomi dan Amal Jariah YaPEIM.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang yang mengamanahkan pendapatan mereka demi untuk menyantuni segenap lapisan masyarakat.