Inspirasi Qaseh Kami : Satu Sedekah Beribu Barakah

Semporna, 01 Mei : Memasuki 18 Ramadhan, Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Sabah konsisten menyantuni masyarakat umum di bulan Ramadhan dengan perlaksanaan Program Inspirasi Qaseh Ramadhan di Semporna, semalam.

Program hari ini melibatkan memasak bubur lambuk bersama Kolej Komuniti Semporna dan seterusnya pengagihan bubur lambuk 300 Set dan 200 set juadah berbuka puasa.

Program memasak bubur lambuk dengan kerjasama Kolej Komuniti Semporna bermula seawal jam 10 pagi dan kemudiannya sekitar jam 2 petang setelah selesai solat jumaat.

Pengagihan bubur lambuk & juadah berbuka dilaksanakan bersama staf dari Ar-Rahnu YaPEIM Cawangan Semporna & Ar-Rahnu YaPEIM Akses 1.

Pengagihan yang mendapat sambutan memberansangkan ini dilakukan tanpa rasa lelah kepada gelendangan berbangsa palau, pengawal, rider food panda, pelanggan Ar-Rahnu, pelajar kolej komuniti, penduduk Kg Bunga dan seterusnya masyarakat sekitar Pekan Semporna.

Ucapan terima kasih tidak lekang dari penerima juadah berbuka puasa yang diedarkan. Di kesempatan ini juga beberapa penduduk Kg Bunga mengucap berbanyak terima kasih dengan program ini dan mengharapkan program seperti ini berterusan akan datang.

Pihak YaPEIM ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyumbang yang telah menyumbang kepada Tabung Amanah YaPEIM yang menjadikan usaha program sebegini menjadi kenyataan.

Tidak lupa juga kepada Pn Norasmah Binti Jaafar Pengarah Kolej Komuniti Semporna atas komitmen yg diberikan sepanjang memasak bubur lambuk bersama.

Moga Allah SWT memberkati usaha kita & melimpah rezeki & ganjaran atas infak yang diberikan.

مَثَلُ الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ اَمْوَالَهُمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ اَنْۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِيْ كُلِّ سُنْۢبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللّٰهُ يُضٰعِفُ لِمَنْ يَّشَاۤءُ ۗوَاللّٰهُ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah, ayat 261).