Inspirasi Qaseh Kami : Jasamu Dikenang “Warga Pendidikan dan Petugas Kesihatan Daerah Marang”

Marang, 20 April : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah mengagihkan sumbangan 150 pek bubur lambuk dan kuih sempena Ramadhan kepada kakitangan di Pejabat Pendidikan Daerah Marang, Sekolah Kebangsaan Batangan dan Sekolah Kebangsaan Seberang Marang atas jasa mereka yang banyak berbakti kepada bangsa dan negara, semalam.

Jasa guru ini sememangnya tidak dapat dibayar dengan wang ringgit malah wang ringgit pun tidak cukup untuk membayar jasa guru.

Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Tuan Haji Mohamad Nawawi Bin Rani merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YaPEIM yang sentiasa bersama-sama kami membuktikan keprihatinan dan penghargaan YaPEIM terhadap peranan dan sumbangan guru dalam pembinaan negara yang kita cintai.

Turut tidak dilupa juga YaPEIM telah agihkan sumbangan nasi dan kurma kepada 139 petugas Klinik Kesihatan Marang serta pasukan barisan hadapan yang terdiri daripada kakitangan Klinik Desa, Unit Rehab dan Unit Pendidikan Kesihatan Sekolah atas jasa mereka membendung penularan Covid-19.

Selain daripada itu, 11 bungkusan nasi dan kurma diagihkan kepada pelanggan Ar Rahnu YaPEIM Terengganu yang membuat transaksi di cawangan bermula jam 1.00 tengahari sehingga jam 3.30 petang.

Terima Kasih Kepada Penyumbang Tabung Amanah YaPEIM kerana sumbangan anda membantu mereka yang memerlukan.