YAPEIM di Karnival Wanita MADANI 2025

YAPEIM berbesar hati menjadi sebahagian daripada Karnival Wanita MADANI 2025 yang berlangsung meriah di Putrajaya pada 26 Februari. Lebih 500 wanita dari pelbagai latar belakang hadir bagi memperkasa diri dalam aspek ekonomi, sosial, pendidikan dan kesihatan. Dirasmikan oleh YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, beliau menekankan peranan penting wanita sebagai tonggak keluarga […]

YAPEIM Anjur Kursus Pengendalian Makanan dan Suntikan Tifoid peringkat Negeri Melaka

24 Februari 2025 – Seramai 50 peserta menyertai Kursus Pengendalian Makanan dan Suntikan Tifoid secara percuma yang dianjurkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Masjid Asy-Syuja’ah Merlimau, Melaka pada semalam. Kursus satu hari yang diselaraskan oleh Divisyen Pembangunan Sosioekonomi itu bertujuan bagi melatih dan melahirkan peserta secara lebih […]

KeSSKY, Etiqa Motorcycle Community (EMC) Santuni Warga Pondok Darul Muttaqin

23 Februari 2025 – Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan YAPEIM (KeSSKY) dengan kerjasama Etiqa Motorcycle Community (EMC) menyantuni warga Pondok Darul Muttaqin dalam Program Jelajah #ridetoramadan 2025 di Paya Rumput, Melaka semalam. Sebelum itu, majlis pelepasan kumpulan konvoi motosikal dan kereta terbabit telah dilakukan di Ibu Pejabat YAPEIM di Menara Ochre, Putrajaya dan disempurnakan oleh […]

YAPEIM anjur Kursus Pengendalian Makanan dan Suntikan Tifoid Percuma

18 Februari 2025 – Seramai 50 peserta menyertai Kursus Pengendalian Makanan dan Suntikan Tifoid secara percuma yang dianjurkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) di Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lumpur hari ini. Kursus satu hari yang dianjurkan Divisyen Pembangunan Sosioekonomi itu bertujuan bagi melatih dan melahirkan peserta secara lebih berdaya saing dalam mengendalikan perusahaan […]

YAPEIM Salurkan RM316,000 Bagi Program Santuni Madani di Johor

LABIS, 15 Februari 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan sumbangan berjumlah RM316,000 dalam Majlis Santuni MADANI YAPEIM iaitu dalam bentuk Projek Pembangunan Komuniti YAPEIM (PPKY) Peringkat Negeri Johor dan Program Sinar Lestari YAPEIM. Majlis disempurnakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin […]

Projek Pembangunan Komuniti YAPEIM – Kursus Latihan Pengendali Makanan dan Suntikan Tifoid

Kuantan, 10 Februari 2025 – YAPEIM melalui Pejabat Pentadbiran YAPEIM Negeri Pahang telah melaksanakan Projek Pembangunan Komuniti YAPEIM dengan mengadakan Kursus Latihan Pengendali Makanan dan Suntikan Tifoid di Masjid Saidina Othman Ibnu Affan (Masjid Bukit Rangin) Kuantan, Pahang. Seramai 50 orang usahawan menyertai kursus ini yang dilaksanakan secara 2 sesi iaitu pagi dan petang. Taklimat […]

YHSB meterai perjanjian bersama HSC

13 Februari 2025 – YAPEIM Holdings Sdn Bhd (YHSB) memeterai perjanjian pelesenan bersama He & She Coffee Sdn Bhd (HSCSB) di Menara Ochre, Putrajaya hari ini. Dalam majlis menandatangani perjanjian pelesenan itu, YHSB diwakili Pengerusi Lembaga Pengarahnya Tuan Khairul Faiz bin Morat@Abd Morat sementara HSCSB diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Tuan Zulkiflee bin Yusof. Turut hadir, […]

Ibu Tunggal Lima Anak Dibantu YAPEIM

11 Februari 2025 – Ibu tunggal dan lima anaknya kini mampu tersenyum selepas dibantu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menerusi manfaat Sinar Kasih. Puan Shafira binti Rasli hilang tempat bergantung selepas suaminya Tony bin Sumiran meninggal dunia secara mengejut di tempat kerja pada 21 Mei tahun lalu menyebabkan dia bersama lima lagi anaknya hidup […]

Ziarah Madani YAPEIM – Sumbangan RM60,000 Kepada Mangsa Banjir di Serian

SERIAN, 11 Februari 2025 – Seramai 200 mangsa banjir di daerah Serian di Sarawak menerima bantuan musibah banjir berjumlah RM60,000 daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dalam program Ziarah Madani YAPEIM. Serahan bantuan berbentuk RM200 tunai dan set Foodbank bernilai RM100 setiap seorang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM Tuan Abdul Khudus bin […]

YAPEIM dan Rakan Strategik Sampaikan Bantuan Kira-kira RM240,000

KUCHING, 10 Februari 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) bersama rakan strategik telah menyerahkan dua buah rumah di bawah inisiatif program Sinar Lestari melibatkan peruntukan berjumlah RM230,000. YAPEIM juga menyalurkan bantuan Sinar Kasih berjumlah RM12,000 kepada sebuah keluarga yang kematian pencari nafkah. Lima anak kepada Allahyarham Tony bin Sumiran yang berusia antara 4 […]