KANGAR: Qari dari Perak Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan dan qariah Terengganu dari Wan Sofea Aini Wan Mohd Zahidi dinobatkan sebagai Johan Tilawah untuk Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2025.
Pada tahun ini YAPEIM telah berbesar hati untuk menaja hadiah tambahan kepada johan setiap kategori tilawah dan hafazan berupa 1 dinar emas YAPEIM Gold berjumlah keseluruhan RM16,000.
Turut mencemar duli Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke Majlis Penutupan MTHQK2025, di Dewan 2020, di Kangar, Perlis.
Sementara itu, Muhammad Adib Ahmad Rozaini dari Perak dan Putri Auni Khadijah Mohd Hanif dari Kelantan dinobatkan Johan Hafazan kategori Juzuk 1 hingga 30.
Turut hadir Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Haji Zabidi bin Nasan.
Sekalung Tahniah diucapkan kepada Johan Semua Kategori Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan 1446H/2025M!









