YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im ziarah anak kakitangan YAPEIM

26 April 2025 – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar hari ini meluangkan masa menziarahi adik Nur Raisya Safiya binti Sollehuddin yang berusia 10 bulan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.

Adik Nur Raisya Safiya yang menghidap masalah paru-paru kronik sejak lahir merupakan anak kepada kakitangan PPYN Kedah & Perlis, iaitu Puan Rozainora binti Rosley.

YB Senator Dato’ Setia kemudian turut menyerahkan sumbangan Ziarah MADANI YAPEIM berupa bantuan perubatan tunai berjumlah RM2,000 dan sumbangan sedekah Subuh serta bantuan sakit kritikal daripada Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan YAPEIM (KeSSKY) berjumlah RM1,500.

Program ziarah itu turut disertai Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Haji Zabidi bin Nasan.

Kami seluruh warga kerja YAPEIM mendoakan adik Nur Raisya Safiya kembali sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti insan lain.