MTHQK ke-67 dibuka secara rasmi

28 April 2025 – Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Haji Zabidi bin Nasan hadir ke majlis pelancaran pembukaan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) ke-67, malam tadi.

MTHQK yang berlangsung selama enam hari bermula 27 April hingga 2 Mei ini di Dewan 2020, Kangar, Perlis telah dirasmikan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.

Turut hadir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr.Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan dan Menteri Besar Perlis YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli.

YAPEIM turut menaja lapan keping Dinar Emas yang keseluruhan berjumlah RM16,000 kepada bakal johan setiap kategori di MTHQK tahun ini.

Lapan keping Dinar Emas itu merupakan keluaran YAPEIM GOLD Sdn Bhd dengan mutu 999 yang setiap satunya bernilai kira-kira RM2,000 kepada setiap pemenang.

YAPEIM Gold turut membuka reruai jualan di perkarangan auditorium dari 8.30 pagi hingga 10 malam. Orang ramai dijemput hadir.