23 April 2025 – YAPEIM bersama Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) telah mengadakan sesi penyerahan rumah kepada 10 orang penerima manfaat Program Sinar Lestari YAPEIM di negeri Terengganu, hari ini.
Mereka yang menerima manfaat adalah Encik Ha’ameran bin Md. Razali, 47, nelayan dari Kampung Kubur Timah, Batu Rakit, Kuala Nerus; Encik Abdul Karim bin Mohamad, 53, peniaga dari Lot 1084B, Felda Kerteh 1, Ketengah Jaya; dan Encik Abas bin Mohamad, 44, penjual arang dari Lot 2654A, Jalan Pulau Kerengga, Marang.
Selain itu, penerima manfaat yang lain adalah Encik Mohd Ridhuan bin Muhammad Nor, 45, peniaga dari Lot 63280, Kampung Pengkalan Kuin, Marang; Encik Muhammad Zainar bin Jidin@Yusof, 51, nelayan dari Lot 257, Kampung Baru Merang, Setiu; Encik Mohd Hairil Amrie bin Zulkifli, 45, buruh dari Lot 1686, Kampung Bukit Kechik, Marang; dan Encik Kamarulbahrim bin Ibrahim, 47, peniaga dari Kampung Pulau Rusa, Merchang, Marang.
Encik Mohd Ridzuan bin Mohamed Ali, 48, peniaga dari Lot 11757, Kampung Kubang Badak, Kuala Terengganu; Encik Tuan Jizi bin Tuan Hassan@Tuan Mohd, 51, penoreh getah dari Kampung Pulau Ribu, Jerteh; dan Encik Mohd Zainuddin bin Ismail, 48, peniaga dari Kampung Padang Baloh, Pasir Akar, Besut turut menerima manfaat berkenaan.
Kesemua penerima manfaat ini telah menerima bantuan bina baharu kediaman sebanyak RM70,000 seorang dan bantuan keusahawanan berjumlah RM29,498 bagi membantu mereka memperoleh pendapatan tambahan.
Jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan adalah sebanyak RM729,498 dengan melibatkan sumbangan usahasama daripada BPMB berjumlah RM700,000 dan selebihnya dibiayai oleh YAPEIM.
Gimik penyerahan replika kunci rumah telah diadakan di rumah salah seorang penerima manfaat iaitu di rumah Encik Ha’ameran yang dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Syariah BPMB, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Aznan bin Hasan, Pengarah/Ketua Divisyen Perkhidmatan YAPEIM Tuan Muhamad Khairul Anuar bin Ibrahim dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Pembangunan Sosioekonomi Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) Puan Shahidah binti Sulong.
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah wakil Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Besut, wakil Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Kuala Nerus, wakil Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Yang Dipertua PIBG & Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Rakit.








