YAPEIM Sarawak terus perkasa agenda pendidikan

YAPEIM Sarawak terus komited memperkukuh jaringan kerjasama pendidikan menerusi kunjungan hormat ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lundu serta pelaksanaan program bantuan pendidikan di SMK Tanjong Apong dan SMK Kota Samarahan baru-baru ini.

Menerusi kunjungan ke PPD Lundu, YAPEIM memperkenalkan peranan dan inisiatif organisasi kepada sekolah di bawah seliaan PPD selain menyampaikan bantuan pendidikan berjumlah RM3,790 kepada warga pendidik dan komuniti setempat.

Di SMK Tanjong Apong, YAPEIM menyalurkan bantuan RM9,900 bagi pembelian Smartboard untuk menyokong pembelajaran interaktif dan agenda pendigitalan pendidikan Sarawak.

Sementara itu, SMK Kota Samarahan menerima bantuan RM8,990 berupa sebuah televisyen (TV) bagi memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif.

Program turut disertai sesi taklimat kepada warga pendidik mengenai peranan serta inisiatif YAPEIM agar manfaat yang disediakan dapat diperluaskan kepada lebih ramai pelajar dan komuniti sekolah.