YAPEIM Serah Kediaman Baharu Bernilai RM80,000, Bawa Sinar Harapan Buat Keluarga Asnaf di Mantin

Mantin, 25 Jun 2026 – Penantian sekian lama untuk memiliki kediaman yang lebih selesa dan selamat akhirnya menjadi kenyataan buat Puan Aini Abdul Hamid, 60, apabila menerima sebuah rumah bina baharu bernilai RM80,000 menerusi Program Sinar Lestari YAPEIM. Puan Aini yang mencari rezeki sebagai tukang jahit secara kecil-kecilan merupakan antara penerima manfaat daripada golongan B40 […]

YAPEIM dan IPK Pahang Meterai MoU, Food Bank RM5,000 Manfaatkan Komuniti Pekan

Pekan, 19 Jun 2026 – YAPEIM terus memperkukuh agenda kebajikan dan pembangunan ummah menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Pahang di bawah Program Rakan Strategik Infak (RSI) YAPEIM. Bersempena majlis tersebut, YAPEIM turut menyampaikan sumbangan Program YAPEIM Prihatin berupa barangan Food Bank bernilai RM5,000 kepada Ibu Pejabat Polis Daerah […]

YAPEIM Serah 17 Unit Komputer Riba Kepada Dua Institusi

Putrajaya, 19 Jun 2026 – YAPEIM telah menyalurkan sumbangan sebanyak 17 unit komputer riba kepada dua institusi hasil kerjasama bersama rakan korporat bagi menyokong usaha pendigitalan dan memperkasa pendidikan Islam. Sebanyak 10 unit komputer riba diserahkan kepada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan bagi menyokong urusan pentadbiran, penyelidikan dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Majlis tersebut dihadiri oleh […]

Tuaian Sulung 40kg Cendawan Projek Pembangunan Komuniti YAPEIM Melaka Lonjak Ekonomi Asnaf

Alhamdulillah, sebuah lagi lakaran kejayaan dalam memartabatkan sosioekonomi ummah berjaya diterjemahkan secara nyata. Melalui Projek Pembangunan Komuniti YAPEIM, usaha gigih yang digerakkan oleh usahawan asnaf di Masjid As-Syuja’ah, Merlimau, Melaka kini telah membuahkan hasil yang amat membanggakan apabila merekodkan tuaian sulung seberat 40 kilogram cendawan. Kejayaan ini bukan sekadar sebuah pencapaian angka dan timbangan, malah […]