Inspirasi Qaseh Kami : Sumbangan Prihatin YaPEIM kepada 13 keluarga mangsa bencana ribut

TRONG, 14 Februari 2022 : YaPEIM melalui Penyelaras Komuniti YaPEIM Negeri Perak semalam telah menyumbangkan Wang Tunai RM500 dan Set Foodbank YaPEIM (Dryfood) bernilai RM100 kepada setiap 13 keluarga mangsa bencana ribut di Trong dengan kerjasama Pejabat Penghulu Mukim Sungai Tinggi. Sumbangan telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator […]

Rumah MyHAUS, anugerah buat kami

KUALA TERENGGANU, 11 FEBRUARI 2022 – Kehidupan pasangan Mohd Khaizuan Oslan Affandi, 33, dan Tuan Norlyda Tuan Ariffin, 30, bukanlah dari kalangan kehidupan orang berada, namun kegigihan mereka berdua untuk membesarkan tiga cahaya mata dengan berniaga makanan sejuk beku amat mengagumkan. Bermula secara separuh masa pasangan suami isteri itu kemudian berjaya memajukan perniagaan mereka sedikit […]

YaPEIM, Hong Leong MSIG Takaful jalin kerjasama strategik perkenal Takaful Tenang

KUALA LUMPUR, 7 FEBRUARI 2022 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bersama Hong Leong MSIG Takaful menjalinkan kerjasama strategik bagi program Baucar RM75 Perlindungan Tenang (PTV) bagi membantu kumpulan B40 di Malaysia. Perlindungan Takaful Tenang ini menawarkan perlindungan sehingga RM30,000 melalui baucar RM75 yang boleh dimanfaatkan orang ramai yang memenuhi syarat ditetapkan. Majlis pelancaran […]