Putrajaya, 19 Jun 2026 – YAPEIM telah menyalurkan sumbangan sebanyak 17 unit komputer riba kepada dua institusi hasil kerjasama bersama rakan korporat bagi menyokong usaha pendigitalan dan memperkasa pendidikan Islam.
Sebanyak 10 unit komputer riba diserahkan kepada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan bagi menyokong urusan pentadbiran, penyelidikan dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Majlis tersebut dihadiri oleh Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil dan Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Haji Zabidi bin Nasan.
Dalam majlis berasingan, YAPEIM turut menyampaikan tujuh unit komputer riba kepada Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah, Hutan Pulai, Kedah bagi menyokong keperluan pembelajaran serta pembangunan teknologi maklumat. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM Tuan Abdul Khudus bin Mohd Naaim di Ibu Pejabat YAPEIM.
Sumbangan ini mencerminkan komitmen berterusan YAPEIM dalam memperluas akses kepada kemudahan digital dan memperkukuh pembangunan modal insan menerusi kerjasama strategik bersama sektor korporat.






