Kasih diteruskan, komuniti diperkasa

Ada ketika, sebuah bakul makanan bukan sekadar memenuhi keperluan harian tetapi menjadi tanda bahawa masih ada yang prihatin dan sudi membantu. Meneruskan Program Serahan Bakul Makanan, YAPEIM bersama Surau Darul Hidayah, Kota Damansara kembali menyantuni komuniti setempat menerusi penyerahan sumbangan fasa 2 kepada 50 penerima dalam kalangan kariah Gugusan 3K yang terdiri daripada golongan B40, […]

YAPEIM Serah Kediaman Baharu Bernilai RM80,000, Bawa Sinar Harapan Buat Keluarga Asnaf di Mantin

Mantin, 25 Jun 2026 – Penantian sekian lama untuk memiliki kediaman yang lebih selesa dan selamat akhirnya menjadi kenyataan buat Puan Aini Abdul Hamid, 60, apabila menerima sebuah rumah bina baharu bernilai RM80,000 menerusi Program Sinar Lestari YAPEIM. Puan Aini yang mencari rezeki sebagai tukang jahit secara kecil-kecilan merupakan antara penerima manfaat daripada golongan B40 […]

YAPEIM dan IPK Pahang Meterai MoU, Food Bank RM5,000 Manfaatkan Komuniti Pekan

Pekan, 19 Jun 2026 – YAPEIM terus memperkukuh agenda kebajikan dan pembangunan ummah menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Pahang di bawah Program Rakan Strategik Infak (RSI) YAPEIM. Bersempena majlis tersebut, YAPEIM turut menyampaikan sumbangan Program YAPEIM Prihatin berupa barangan Food Bank bernilai RM5,000 kepada Ibu Pejabat Polis Daerah […]

YAPEIM Serah 17 Unit Komputer Riba Kepada Dua Institusi

Putrajaya, 19 Jun 2026 – YAPEIM telah menyalurkan sumbangan sebanyak 17 unit komputer riba kepada dua institusi hasil kerjasama bersama rakan korporat bagi menyokong usaha pendigitalan dan memperkasa pendidikan Islam. Sebanyak 10 unit komputer riba diserahkan kepada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan bagi menyokong urusan pentadbiran, penyelidikan dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Majlis tersebut dihadiri oleh […]

Tuaian Sulung 40kg Cendawan Projek Pembangunan Komuniti YAPEIM Melaka Lonjak Ekonomi Asnaf

Alhamdulillah, sebuah lagi lakaran kejayaan dalam memartabatkan sosioekonomi ummah berjaya diterjemahkan secara nyata. Melalui Projek Pembangunan Komuniti YAPEIM, usaha gigih yang digerakkan oleh usahawan asnaf di Masjid As-Syuja’ah, Merlimau, Melaka kini telah membuahkan hasil yang amat membanggakan apabila merekodkan tuaian sulung seberat 40 kilogram cendawan. Kejayaan ini bukan sekadar sebuah pencapaian angka dan timbangan, malah […]

YAPEIM Sarawak terus perkasa agenda pendidikan

YAPEIM Sarawak terus komited memperkukuh jaringan kerjasama pendidikan menerusi kunjungan hormat ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lundu serta pelaksanaan program bantuan pendidikan di SMK Tanjong Apong dan SMK Kota Samarahan baru-baru ini. Menerusi kunjungan ke PPD Lundu, YAPEIM memperkenalkan peranan dan inisiatif organisasi kepada sekolah di bawah seliaan PPD selain menyampaikan bantuan pendidikan berjumlah RM3,790 […]

YAPEIM realisasikan impian pengusaha kuih miliki rumah baharu

Pasir Puteh, 3 Mei 2026 – Seorang pengusaha perniagaan kuih menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu merealisasikan impiannya memiliki sebuah kediaman yang lebih selesa menerusi inisiatif Program Sinar Lestari YAPEIM. Puan Siti Khadijah binti Zulkifli, 38, menerima sebuah rumah bina baharu bernilai RM80,000 dengan kerjasama rakan pelaksana Koperasi Al-Maa’uun Kelantan […]

YAPEIM sumbang RM3.12 juta, manfaat lebih 29,100 masyarakat memerlukan

Putrajaya, 14 April 2026 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menerusi majlis serahan sumbangan Aidilfitri 2026 telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM3.12 juta yang memanfaatkan 29,100 penerima terdiri dalam kalangan pelajar dan masyarakat memerlukan di seluruh negara. Penganjuran majlis serahan sumbangan Aidilfitri 2026 yang melibatkan 192 lokasi program di seluruh negara telah bermula pada 26 […]

YAPEIM salur RM80,000, bantu pelajar di lima negeri

5 April 2026 – YAPEIM terus komited membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan menerusi Majlis Serahan Sumbangan Aidilfitri yang dilaksanakan di lima negeri dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM80,000. Sebanyak RM16,000 diperuntukkan bagi setiap lokasi di Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah dan Kedah, merangkumi bantuan tunai Aidilfitri serta peruntukan keraian Aidilfitri. Di Terengganu, majlis yang berlangsung […]

Program Ramadan MADANI YAPEIM 2026 Peringkat Kebangsaan dilancar

Hulu Selangor, 17 Mac 2026 – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dr Zulkifli bin Hasan telah menyempurnakan Program Ramadan MADANI YAPEIM 2026 Peringkat Kebangsaan di Dewan Komuniti Serendah, Hulu Selangor, hari ini. Beliau turut berbesar hati menyerahkan sumbangan kepada 500 pelajar dan sumbangan bantuan infra kepada 17 institusi pada majlis […]