25 Mei 2025 – YAPEIM dengan kerjasama strategik PDRM Bukit Aman telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM52,800 yang melibatkan program Sinar Kasih dan YAPEIM Prihatin kepada waris keluarga dan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 5 yang terlibat dalam nahas kemalangan jalan raya di Jalan Chikus, Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM, YBrs. Tuan Haji Abdul Khudus bin Mohd Naaim kepada YDH Tan Sri Dato’ Seri Razarudin bin Husain, Ketua Polis Negara.
Turut hadir YDH CP Dato’ Sri Azmi bin Abu Kassim, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, YDH CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah bin Ali, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, YDH CP Dato’ Noor Hisam bin Nordin, Ketua Polis Perak, YDH DCP Dato’ Ts. Azizee bin Ismail, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman dan pegawai-pegawai kanan PDRM.
Seluruh warga kerja YAPEIM amat berdukacita dengan musibah yang berlaku dan mendoakan semua ahli keluarga mangsa terlibat diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.








