YaPEIM sumbang RM50,000, bantu pelajar miskin di Kuantan

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyalurkan sumbangan sebanyak RM50,000 bagi membantu pelajar miskin dan anak-anak asnaf dalam program “Infaq Back To School” daerah Kuantan, Pahang.

Simbolik penyerahan cek cura disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YaPEIM, Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar.

Secara keseluruhan sumbangan yang diterima pada hari ini berjumlah RM100,000.

Sumbangan ini dijangka memanfaatkan 500 pelajar dan murid sekolah di daerah Kuantan.

Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat membantu meringankan beban ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka bersekolah.