GAMBANG, 22 Mac 2024 – Program Ramadan MADANI YAPEIM petang ini singgah di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Gambang, Pahang dan membelanjakan sejumlah RM45,000 bagi menyantuni pelajar yang memerlukan.
Penerima manfaat sumbangan ini terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta pelajar sekolah menengah dan rendah dalam kalangan keluarga miskin tegar, keluarga miskin dan keluarga B40.
Sumbangan berupa bantuan tunai YAPEIM Didik berjumlah RM100 seorang diberikan kepada 300 pelajar dengan jumlah keseluruhan RM30,000. Selain itu, YAPEIM turut menaja majlis berbuka puasa untuk 400 orang.
Majlis diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UMPSA, Prof. Dr. Yatimah binti Alias dan Pengurus Wilayah Timur YAPEIM, Tuan Nik Mohd Nurul Ihsan bin Salleh.
Sehingga hari ini, program Ramadan MADANI YAPEIM telah menyantuni pelajar yang memerlukan di 17 lokasi di seluruh negara.





