YaPEIM Serah Sumbangan Tabung Musa’adah Misi Kemanusiaan Palestin

YaPEIM hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM350,000 kepada Tabung Musa’adah Misi Kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya, Putrajaya.

Simbolik penyerahan cek cura disampaikan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YaPEIM, Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar.

Sumbangan ini merangkumi RM300,000 daripada Tabung Amanah YaPEIM dan RM50,000 daripada sumbangan orang ramai melalui cawangan Ar-Rahnu YaPEIM dan pejabat negeri YaPEIM serta warga kerja YaPEIM.

Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada rakyat Palestin yang menderita akibat peperangan. Berbanyak terima kasih diucapkan kepada penyumbang Tabung Amanah YaPEIM.